VVIP DENAI CINTA

06 September 2010

Iklan Raya TV3 : Antara Najib, 1Malaysia dan AYAH PIN



Pak Imam digambarkan seperti 'Santa', bawa beca terbang...!!!

Elemen bunga teratai banyak diselitkan,
dan pelita juga turut digunakan dalam perayaan Hindu.





Hahahaha... Akhirnya AYAH PIN berjaya menerapkan pengaruhnya. Nak tergelak tapi sememangnya lebih kepada nak marah dengan kebiadaban TV3 yang menyiarkan iklan yang dibuat seolah menggunakan tempurung lutut bukannya pakai otak yang terletak di dalam tempurung kepala.

Teringat kata-kata AYAH PIN dalam VCD yang pernah suatu ketika aku tonton, "Agamo Buddha ni ambo (saya) yang cipta..."
Begitu juga dakwaan sang malaun Ayah Pin semasa bercakap di hadapan penganut Kristian apabila dia mendakwa agama tersebut turut diciptanya. Tentu Ayah Pin antara individu yang paling gembira dengan penyiaran iklan (kini telah ditarik balik) oleh TV3 ini. Dab lebih 'afdal' lagi sekiranya watak Pak Imam yang membawa beca terbang itu TV3 mengambil Ayah Pin sebagai pemegang wataknya...!!!

Secara kebetulan atau tidak, atau sememangnya telah dirancang. Iklan kontroversi TV3 ini selain menyelitkan unsur agama Kristian (Santa), ia turut menyelitkan paparan animasi bunga teratai yang sinonim dengan penganut Buddha...!!!
Malahan konsep 1Malaysia itu dilihat lengkap dengan visual pelita yang turut digunakan dalam perayaan Deepavali.

Bagi aku, inilah bahananya perlaksanaan 1Malaysia...!!! Dulu Islam HADHARI, mujurlah PAK LAH dibersarakan awal, kalau tidak mungkin akan wujud Kristian HADHARI dan Buddha Hadhari. Kini 1Malaysia pula mengambil tempat dan atas 'SEMANGAT' itulah maka pelbagai pihak 'BANGKIT' untuk menyahut panggilannya sehinggakan agama Islam pun mahu di'1'kan dengan agama lain!!!


Sedangkan jelas firman Allah swt di dalam surah surah Al-Kafirun, ayat 1-6 : "Katakanlah (wahai Muhammad) : Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku."


Semoga segala macam isu berkaitan agama mahupun perkauman yang berlaku dan dibangkitkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab dalam bulan Ramadhan ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita agar tidak sewenang-wenangnya memperalatkan agama demi keuntungan duniawi semata-mata. Pandanglah jua akhirat (ukhrowi) yang menanti kita nun DI SANA...


1 ulasan:

Islam agama ku keakhir hayatku... berkata...

bro...i sokong sgt2 the way you wrote this story...memang jelas dan nyata...lately ni byk benda depa nk '1' kan...even makanan pon sama jugak...depa nk kita mkn makanan india cina wlaupon takdak sahih halal nya...wa sokong lu bro...wa caya lah sama lu..kita generasi baru yg bakal merubah pembangunan negara yg makin mundur dari segi akhlaknya!! takbir!!!

Related Posts with Thumbnails