VVIP DENAI CINTA

23 September 2010

BENARLAH MEREKA DIROGOL

Tak tahu nak kata apa. BODOH...? Memang bodoh pun. Masa depan? Gelap la nampaknye. Baru 14 tahun, lari ikut jantan dan akhirnya melakukan seks 'dengan kerelaan'. Susahnya menjaga anak remaja (terutamanya perempuan) dalam zaman yang serba mencabar ni. Betullah kata orang tua dulu-dulu, "Menjaga kerbau sekandang lebih senang dari menjaga anak perempuan seorang...!!!"

....................................
Dua Rakan Lelaki Kepada Tiga Remaja Perempuan Yang Hilang Direman Tujuh Hari
GEORGE TOWN, 22 Sept [Bernama] : Dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, Rabu ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol gadis bawah umur. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu yang berasal dari Kampar dan Teluk Intan, Perak, ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Kedua-dua mereka ditemui bersama remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, serta teman sebaya, Suhaili Abd Razak dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas dan ditemui dalam sebuah flat di sini semalam. "Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali di sini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan tiga remaja perempuan terbabit dan polis kini sedang menjalankan siasatan. Gan berkata mereka memberi kerjasama dan mengakui secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails