VVIP DENAI CINTA

08 September 2010

Hidangan Kerang - Babi di Hari Raya

Kepada umat Islam khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur. Berhati-hati apabila membeli kerang...!!! Gambar di atas dirakam di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Ia didedahkan hasil serbuan pihak JAKIM dan JAWI di pasar tersebut beberapa hari yang lalu.

Lihat dan fikir serta renung-renungkan... Tempat memproses dan membersihkan kerang letaknya bersebelahan dengan tempat melapah daging babi...!!! Daging babi yang masih 'segar' dengan darah merah yang mengalir dan tidak mustahil darah-darah itu turut terkena kerang-kerangan yang diletakkan berhampiran.

Pihak berkuasa sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan kewajiban mereka. Pemantauan wajar dilakukan kerana kerang-kerang ini turut dijual serta dibeli oleh pengguna-pengguna beragama Islam.

Artikel ini diambil berdasarkan artikel asal yang diterbitkan oleh laman web ON-D-SCENE : Hidangan Kerang - Babi di Hari Raya

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails