Umur baru 14 tahun, tapi dah pandai lari ikut jantan!!! Apa nak jadi dengan anak-anak remaja sekarang! Pengaruh rakan sebaya dan kecanggihan teknologi menjadi bahana apabila disalahguna. Teknologi perhubungan terutamanya melalui penggunaan text message (SMS) mencetuskan pelbagai masalah sosial. 'Perancangan' ke arah kejahatan lebih mudah dilakukan dalam dunia hari ini melalui SMS.
Nak mengayat anak dara orang pun senang, guna jea SMS, tentu 'cair' si anak dara dan mudahlah untuk perancangan seterusnya...!!! Ibubapa dan penjaga serta pihak-pihak berwajib, bersama-samalah kita menjaga dan mencari jalan agar kebejatan sosial hasil dari perkembangan teknologi ini dapat dibendung agar anak-anak muda kita tidak terus hanyut terleka dibuai mimpi-mimpi indah penuh fantasi.
.......................................
Remaja Perempuan Hilang Di Kampar Ditemui Di Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 21 Sept [Bernama] : Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas, ditemui di Pulau Pinang dalam keadaan selamat. Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Insp Mohd Fadzli Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20, di flet Green Garden, di Paya Terubong kira-kira 8.20 pagi.
Katanya, bertindak atas maklumat orang awam, polis menyerbu flet berkenaan dan menahan ketiga-tiga remaja perempuan itu ketika mereka sedang tidur di ruang tamu manakala dua lelaki terbabit ditahan di sebuah bilik tidur. "Kesemua mereka memberi kerjasama dan mengakui mereka secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.
Mohd Fadzli berkata pada hari mereka dilaporkan hilang, remaja terbabit sebenarnya berada di sebuah ladang kelapa sawit di Perak dan tidur di sebuah rumah kosong di ladang itu. Katanya, sebaik tiba di Pulau Pinang mereka telah mendaftar masuk di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali bersama-sama teman lelaki mereka selama tiga malam di sini.
Teman lelaki mereka dikatakan mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan dan kemudiannya membawa mereka tinggal bersama di sebuah rumah sewa mulai 18 September sebelum diberkas hari ini. Hasil siasatan awal mendapati salah seorang daripada lelaki itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan masih di bawah pengawasan polis di Kampar, Perak.
Mohd Fadzli berkata ketiga-tiga remaja perempuan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan. Katanya, jika terdapat kes melibatkan hubungan seksual, polis akan mengambil tindakan terhadap pasangan masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
"Kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan polis bagi membantu siasatan polis, termasuk ujian air kencing bagi mengenal pasti sama ada mereka mengambil dadah atau sebaliknya," katanya. Polis telah menghubungi ibu bapa remaja perempuan berkenaan dan kes aduan hilang anak itu dianggap selesai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan