BANTING, 24 Sept [Bernama] : Pasukan forensik polis Jumaat melawat lagi ladang ternakan milik salah seorang suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Ladang yang terletak di Ladang Gadong Tanjung Sepat, Banting, Selangor adalah tempat dipercayai Sosilawati, 47, pemandunya Kamarudin Shansuddin, 44 peguam peribadinya Ahmad Kamil Abd Karim 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad,38 dibunuh dan dibakar selepas dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas. Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.
Tinjauan Bernama mendapati sebuah van dan kenderaan pacuan empat roda dari unit forensik, sebuah Mitsubishi Pajero berwarna biru dan sebuah van yang dipercayai membawa suspek tiba di Ladang Gadong petang tadi dengan diiringi oleh kereta peronda polis.
Enam buah kereta di mana dua daripadanya mempunyai logo Jabatan Forensik kelihatan memasuki Ladang Gadong di mana lokasi penyiasatan kes pembunuhan empat individu itu. Sementara itu suspek utama kes pembunuhan tersebut dilihat dibawa ke hadapan sebuah firma guaman di Jalan Kemboja, Off Jalan Sultan Alam Shah Banting. Bagaimanapun, dia tidak masuk ke firma guaman itu tetapi hanya menunjukkan petak meletak kenderaan di hadapan firma tersebut dan anggota forensik mengambil gambar di kawasan berkenaan.
Kemudian dia dilihat menaiki salah sebuah daripada enam buah kereta yang beredar dari kawasan firma itu. Sepanjang unit forensik dan suspek-suspek berada di ladang ternakan milik salah seorang suspek itu, polis mengawal ketat tempat berkenaan dan berada kira-kira 600 meter dari kawasan ladang berkenaan. Pihak media tidak dibenarkan melepasi tempat polis berkawal di hadapan sebuah kuil Hindu di Ladang Gadong itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan