VVIP DENAI CINTA

09 September 2010

PENGGUNAAN TAJUK 'MELAMPAU' UNTUK MENARIK PERHATIAN PEMBACA

Tajuk akhbar bukan main gempak, tetapi apabila kisah sebenar diselidiki, ia tidaklah sehebat berita yang dipaparkan sebelumnya. Akhbar kebanyakkannya sanggup melakukan gimik sama ada melalui tajuk atau paparan gambar yang berlebih-lebihan semata-mata untuk menarik perhatian pembaca membeli akhbar mereka...!!!

Lihat sahaja kes remaja mangsa rogol ini, akhbar HARIAN METRO bertarikh 01 September 2010 meletakkan tajuk TIGA HARI HABUAN NAFSU LAPAN PEKERJA KILANG. Apabila membaca berita tersebut, maka kita pastinya akan terkejut dan ingin mengetahui kesengsaraan yang dihadapi oleh si mangsa yang 'diaqiqah' oleh LAPAN MALAUN...!!!

Namun PELIK BIN AJAIB apabila kes ini disiasat polis dan tertuduh dibawa kemuka pengadilan, mengapa hanya EMPAT MALAUN yang didakwa...? Ini dapat kita lihat dalam paparan berita yang disiarkan oleh MSTAR ONLINE (08 September 2010) dengan tajuk EMPAT PEMBAIKI PIANO DIDAKWA MEROGOL.

Inilah kesannya apabila berita ditulis tergesa-gesa dengan 'nawaitu' meletakkan tajuk 'gempak' untuk menarik perhatian (jualan akhbar) maka 'berita panas' sebegini dilaporkan dalam keadaan agak semberono. Tetapi mungkin juga maklumat yang diterima oleh wartawan pada masa tersebut masih juga belum lengkap lantaran mangsa yang masih trauma turut keliru dengan jumlah syaitan yang berulang-kali merogolnya. Setelah siasatan demi siasatan oleh pihak polis, barulah dapat disimpulkan tertuduh sebenar kes tersebut.

Walaupun begitu, kita amat berharap agar wartawan lebih beretika serta bertanggungjawab dalam mencari bahan berita agar perkara sebegini (meletakkan tajuk berita melampau) dapat dielakkan. Jika ingin menarik perhatian dan meningkatkan jualan akhbar sekalipun, biarlah tajuk penulisan tersebut selari dengan berita dan tidak terlalu jauh melangkaui fakta sebenar kes.


.............................


3 Hari Habuan Nafsu 8 Pekerja Kilang - Harian Metro
HULU SELANGOR : Seorang gadis diberi pil khayal dirogol bergilir-gilir lapan pekerja kilang selama tiga hari berturut-turut. Mangsa dilaporkan hilang keluarganya Jumaat lalu dan dikatakan mengikut teman lelakinya sebelum diberi pil khayal dan disembunyikan di kedai di Jalan Melor 2A, di sini sebelum dirogol teman lelaki dan rakannya.

Bagaimanapun, mangsa ditemui rakan bapanya yang menyertai gerakan mencari mangsa di kawasan berkenaan bersama penduduk berhampiran. Mereka menahan lelaki terbabit sebelum diserahkan kepada polis. Ketua Polis Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya berkata, mangsa yang berusia 17 tahun dan tidak lagi bersekolah sebelum itu dikatakan baru berkenalan dengan lelaki berasal dari Sabah sebelum mangsa diajak minum di warung berhampiran Desa Melur.

"Mangsa bersetuju keluar minum bersama teman lelakinya yang turut membawa seorang lagi rakan lain. Difahamkan, mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri, sejurus diberi minuman suspek. Mangsa dalam keadaan separuh sedar dibawa ke rumah kedai berhampiran sebelum dirogol bergilir-gilir teman lelakinya dan rakan suspek yang lain," katanya.

.............................

4 PEMBAIKI PIANO DIDAKWA MEROGOL - MSTAR ONLINE
SHAH ALAM: Empat pembaiki piano yang berasal dari Sabah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Rabu, atas tuduhan merogol seorang remaja yang merupakan kenalan kepada salah seorang tertuduh.


Majirin Masungkit, 28, Saladin Ajim, 31, Mohamad Yassar Wandi Modin, 20, dan Suhimin Tius, 19, mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu antara pukul 4 pagi dan 10.30 malam, 27 Ogos lalu.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 16 tahun enam bulan di tingkat atas rumah kedai, nombor 33, Jalan Melor 2, Desa Melor, Serendah, Hulu Selangor, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan jaminan semua tertuduh pada jumlah RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes akan disebut semula pada 13 Oktober depan untuk lantikan peguam.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails