Anjing
Hidupku tidak tenteram
kerana ada anjing di kiri kanan
ada anjing di muka halaman
ada anjing di tengah jalan
Apabila tv kubuka
ada anjing di tiap saluran
melalak melolong meminta tulang
Apabila suratkhabar kubaca
ada anjing di setiap halaman
menjerit memekik
meminta habuan
Anjing ada di mana-mana
membiak dan membiak semakin banyak
sehingga menutupi pandanganku
dari melihat kebenaran
Anjing tak punya rasa
tak pedulikan
rintihan pilu di kiri kanan
yang penting mendapat tulang
Anjing tidak mengenal rupa
siapa beri tulang itulah tuannya
teman sendiri kadang dimakan
demi perut kenyang
Sayang
anjing hanya garang di kandang
tapi takut bila berhadapan
Zunar
1 April 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan