Ha ha ha ha ha ha ha!!! KESIAN aku kepada angkasawan kedua negara Mejar Dr Faiz Khaleed ni. Eh!!! Layak ke nak panggil dia angkasawan kedua? Dia belum pun lagi naik ke angkasa!!! Nampaknya terus kempunan la Mejar Dr Faiz Khaleed untuk ke angkasa.
Atau ada baiknya juga minta pertolongan AYAH PIN untuk membawamu ke sana atas pembiayaan pihak KERAJAAN LANGIT!!! Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!!
Mejar Dr Faiz Akan Ke ISS Jika Ekonomi Mengizinkan - YAM
LABUAN, 19 April : Angkasawan kedua negara Mejar Dr Faiz Khaleed hanya akan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) jika keadaan ekonomi negara mengizinkan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Angkasawan Malaysia (YAM) Zailani Samberid.
Bagaimanapun, beliau berkata perancangan sudah dibuat untuk menyambung latihan yang diperlukan oleh Dr Faiz untuk mengekalkan kecergasannya sebagai sebagai persediaan misi itu.
Menurut beliau, misi itu terjejas ekoran masalah kegawatan ekonomi yang melanda negara pada 2008 dan 2009 yang menyebabkan dana untuk misi itu perlu digunakan untuk perbelanjaan kerajaan yang lain.
Angkasawan pertama negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berada selama 10 hari di ISS pada Oktober 2007.
"Kita bertanggungjawab menjalankan program mendidik belia dan kanak-kanak berkaitan pendidikan sains angkasa dan juga mendapatkan dana untuk membiayai misi Dr Faiz ke angkasa lepas nanti," katanya kepada Bernama di Forum Belia Asean Tentang Kreativiti dan Inovasi (AYFIC) 2011, di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan menganjurkan pelbagai program di sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara dalam usaha menyemai minat berkaitan sains angkasa kepada pelajar.
Selain itu, ketika ditanya keperluan mempunyai seorang pelapis kepada Dr Faiz, beliau berkata pemenang Cabaran Angkasawan Malaysia, Awang Shahrizan Awang Abu Bakar, 28, dari Sarawak, kini membantu Dr Faiz dalam mengelolakan program sains angkasa.
"Awang Shahrizan juga sudah pergi ke Pusat Angkasa Lepas Yuri Gagarin di Moscow, Russia untuk meninjau kemudahan latihan angkasawan di sana selepas memenangi cabaran itu di Pulau Langkawi dahulu," katanya.
YAM hadir di AYFIC 2011 bagi membantu Yayasan Inovasi Malaysia dalam menjalankan program berkaitan inovasi dan kreativiti melibatkan 113 peserta daripada negara Asean, Jepun, Korea Selatan dan China.
Forum tiga hari itu yang berakhir Rabu melibatkan perbincangan di kalangan kalangan delegasi belia ASEAN berkaitan inovasi terbaru dan pemikiran kreatif. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan