PUTRAJAYA, 11 April : Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtaruddin Baki mengemukakan asas penghakiman berhubung keputusannya menambah tempoh penjara kepada 20 tahun ke atas dua pekerja ladang kerana melupuskan mayat usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Sulong Matjeraie yang mengetuai panel tiga hakim mengeluarkan perintah itu selepas kedua-dua timbalan pendakwa raya Ishak Mohd Yusof dan peguam Datuk Harpal Singh Grewal yang mewakili K. Sarawanan dan U. Suresh memohon mendapatkan alasan itu.
Panel itu, yang turut terdiri daripada hakim Mahkamah Rayuan Datuk Sulaiman Daud dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aziah Ali mengarahkan hakim mahkamah tinggi itu agar mengemukakan alasannya dengan segera.
Pada 21 Feb tahun ini, Mohtaruddin, dalam melaksanakan kuasanya di bawah Kanun Acara Jenayah (CPC) untuk menyemak keputusan mahkamah rendah, meningkatkan hukuman penjara ke atas dua orang itu dari tujuh kepada 20 tahun selepas beliau mendapati majistret silap mengenakan hukuman penjara tujuh tahun bagi jenayah yang disifatkannya sebagai "amat serius".
Panel tersebut dijadualkan mendengar permohonan dua orang itu hari ini bagi kebenaran untuk merayu terhadap penambahan tempoh hukuman penjara. Oleh kerana ketiadaan alasan penghakiman, mahkamah menangguhkan pendengaran ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
Sebelum itu, Ishak berkata beliau memerlukan alasan penghakiman kerana beliau akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan kebenaran atas alasan bahawa persoalan undang-undang yang dirumuskan untuk penentuan mahkamah adalah kabur.
Harpal berkata memandangkan bantahan awal yang akan ditimbulkan oleh pendakwaan yang menyerang 12 persoalan undang-undang, beliau juga memerlukan alasan itu untuk membolehkan beliau menjawab bantahan.
Antara persoalan undang-undang ialah apakah dalam suatu perbicaraan summari di mana tertuduh mengaku bersalah dan mahkamah diperlukan untuk memastikan tertuduh memahami sifat dan akibat dari pengakuannya dan berhasrat membuat pengakuan, tanpa kelayakan.
Dan bagi kesalahan yang dituduhkan terhadap dirinya, hakim harus menjelaskan ingredien tuduhan di bawah Seksyen 201 CPC dan menentukan fakta yang didapatkan bagi menyokong tuduhan adalah cukup dari segi undang-undang untuk menyokong setiap bahan kesalahan.
Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, masing-masing dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun setelah mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting atas empat tuduhan melupuskan bahan bukti dalam pembunuhan Sosilawati, 47; pemandunya Kamaruddin Syamsuddin, 44; pegawai bank CIMB Noorhisham Mohamad, 38; dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Sarawanan mengaku membakar mayat korban di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos tahun lalu sementara Suresh mencampakkan abu ke Sungai Panchau di Jalan Morib pada 31 Ogos tahun lalu.
Majistret Hurmain Hussain mengarahkan hukuman berjalan serentak, yang bererti Sarawanan dan Suresh masing-masing akan menjalani hukuman penjara tujuh tahun. Namun, Mohtaruddin mengurangkan hukuman penjara ke lima tahun bagi setiap tuduhan, tetapi memerintahkan berjalan secara berturut-turut.
Empat orang, peguam N. Pathmanabhan, 41; dan pembantu di kebunya, T. Thilaiyalagan, 19; R. Matan, 20; dan R. Kathayarayan, 30, didakwa membunuh mangsa itu. Perbicaraan ditetapkan 4 Julai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan