VVIP DENAI CINTA

10 April 2011

Rakyat Mahu Petrol Murah Bukan Petrol Baru!!! LOL

Rakyat lebih mahukan harga petrol yang murah berbanding 'petrol baru' yang kononnya dihasilkan dari teknologi F1. Teknologi F1? Korok lu!!! F1 kat jalanraya, ape kau nak kena saman ekor...? Sudah-sudahlah dengan 'penjenamaan' sebegini, kalau kau jual petrol RON 95 lama dan kata itu adalah petrol baru berteknologi F1 pengguna nak tahu camane...? Bukan pengguna boleh uji sendiri kandungannya.

Hentikanlah derrr membodohkan rakyat/pengguna... Rakyat lebih mahukan harga yang murah berbanding dok lancar petrol baru!!! Lainlah kalau kaulancar petrol Primax 95 Xtra pada harga RM0.95sen seliter, itu sememangnya memberikan rakyat lebih kilometer!!!

Perdana Menteri Lancar Minyak Primax 95 Xtra
K
UALA LUMPUR, 10 April [BERNAMA] : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd (PDB) iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON 95. Ia dilancarkan di Menara Berkembar Petronas di sini pada Sabtu malam sempena dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way". Harganya ialah sama dengan harga RON 95 sekarang.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PBD, Amir Hamzah Azizan berkata pelancaran Primax 95 Xtra menunjukkan kepentingan kajian dan penambahbaikan berterusan kepada rangkaian produk Primax. "Kami juga percaya bahawa pertumbuhan tidak sahaja dalam bilangan stesen perkidmatan Petronas yang kami ada tetapi juga berteruskan meningkatkan kualiti minyak kami," katanya dalam satu kenyataan.

Amir Hamzah berkata bahan bakar baru itu boleh diperolehi di lebih 950 stesen minyak Petronas di seluruh negara. "Primax 95 Xtra menghasilkan pembakaran yang berkesan dan mengurangkan geseran dalaman bagi menghasilkan fungsi maksimum setiap titisan minyak yang dibakar," katanya.

Pada majlis tersebut, Kumpulan Syarikat Malaysia LNG iaitu anak syarikat Petronas menderma US$2.5 juta (RM7.55 juta) kepada Persatuan Palang Merah Jepun bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun 11 Mac lalu.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Najib kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia Masahiko Horie. Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyaksikan konsert Twin Towers @ Live 2011 sempena majlis pelancaran tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails