SERAH PIHAK BERKUASA [myMetro]
KUALA LUMPUR : "Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjatuhkan hukuman dan saya yakin mereka pasti menerima hukuman setimpal dengan kekejaman mereka lakukan ke atas ibu saya. Kalau hukuman dunia tidak boleh menghukum mereka, saya percaya Allah akan memberi pembalasan di akhirat kelak," kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya berhubung perbicaraan kes pembunuhan Allahyarham ibunya, semalam.
Gadis berusia 26 tahun yang lebih mesra dipanggil Rita itu berkata, dia bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu terlalu serius selagi undang-undang belum menjatuhkan hukuman.
"Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan, biar pihak berkuasa menjalankan kerja mereka," katanya. Rita berkata, dia tidak menganggap musibah menimpa keluarganya sebagai bebanan, malah menjadikan dirinya lebih kuat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan