VVIP DENAI CINTA

25 Februari 2011

Tempoh Pemasangan PERCUMA Tali Pinggang Belakang Sehingga 1 Jun - Proton

KUALA LUMPUR, 24 Feb : Hanya 16.4 peratus atau 37,604 daripada 226,000 pemilik kereta keluaran Proton memasang tali pinggang tempat duduk penumpang belakang sehingga 16 Feb lepas walaupun tawaran pemasangan dibuat oleh Proton Holdings Berhad sejak Januari 2009.

Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyifatkan statistik tersebut sebagai amat mengecewakan.
Beliau mengingatkan bahawa pemilik kereta Proton mempunyai tempoh hingga 1 Jun ini untuk memasang tali pinggang belakang secara percuma.

Beliau memberitahu pemberita pada majlis kempen galakan pemakaian topi keledar anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan serta pihak polis di Plaza Tol Sungai Besi di sini. Pengurus Besar Projek Khas Perodua, Kiat Hai Tong pula berkata hanya 211,000 daripada 526,722 pemilik kereta keluaran Perodua memasang tali pinggang belakang sehingga 20 Feb lepas.

Pemasangan tali keledar belakang kereta hanya mengambil masa 18 minit, katanya. Pemilik kereta keluaran Proton dan Perodua boleh mendapat maklumat lanjut mengenai pemasangan tali pinggang belakang dengan menghubungi Proton di talian 03-8026 9999 atau Perodua di talian 1-800-88-600.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails