VVIP DENAI CINTA

13 Februari 2011

Hanya 13,916 Penduduk Pahang Jadi Ahli Rakan Cop

Rakan Cop tu ape? Oh! Mungkin rakan kepada posmen atau pekerja pejabat pos. Malaslah aku nak jadi Rakan Cop, ape barang cop-cop surat ni. Baik aku gi cop sawit!!! Lagiii masyuuuukkkk!!! kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah!!! Uiks! Hanya 13,916 daripada 1.5juta penduduk Pahang yang menjadi ahli Rakan Polis (tak suka aku sebut rakan COP, COP tu bahasa omputeh. Dalam Bahasa Melayu, kalau sebut COP tu dah maknanya lain, bukan polis. Cop setem, atau cop mohor).

BERBALIK kepada kedinginan sambutan penduduk Pahang untuk sertai
Rakan Polis (termasuklah aku yang belum mendaftar), bukan kami sengaja tidak mahu menjadi Rakan Polis, namun kami sendiri tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai cara untuk mendaftar menjadi Rakan Polis.

Mereka yang bertanggungjawab mengendalikan
Rakan Polis ini perlu lebih kreatif dan mengambil inisiatif dengan lebih mendekati masyarakat. Apa salahnya andai dibuka kaunter pendaftaran sebagai Rakan Polis ini di pasaraya seluruh negeri Pahang pada hari minggu? Mengapa tidak mengambil kesempatan dibuka meja pendaftaran pada setiap kali solat jumaat di masjid-masjid seluruh negeri Pahang?

L
angkah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pihak institusi pengajian tinggi untuk meramaikan Rakan Polis adalah baik namun ia bukanlah boleh dilihat sebagai tindakan yang amat tepat kerana bukan semua pelajar di sesebuah institusi pengajian tinggi tersebut adalah ANAK PAHANG!!! Laksanakanlah kempen dari peringkat sekolah menengah lagi.

Jika dilihat, peringkat awal remaja iaitu di sekolah menengahlah banyak berlakunya pelbagai gejala sosial dan jenayah. Didiklah anak-anak remaja ini dan galakkanlah mereka untuk menjadi mata dan telinga PDRM dengan mendaftar sebagai Rakan Polis.

LEBIH BIJAK LAGI SEKIRANYA PDRM TURUT MEWUJUDKAN PENDAFTARAN MUDAH MELALUI LAMAN SOSIAL (contohnya melalui Facebook).
............................................................

MARAN, 12 Feb : Hanya 13,916 orang daripada 1.5 juta penduduk Pahang menjadi ahli Rakan Cop sejak ia diperkenalkan di negeri itu 10 tahun lepas. Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali berkata berikutan jumlah yang sedikit itu, polis Pahang mengambil langkah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri itu bagi menambah penyertaan dalam Rakan Cop.

"Rakan Cop merupakan satu daripada medium perantara yang sangat berkesan dalam membantu polis menangani dan mengesan pelakuan jenayah pada peringkat awal lagi," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Rakan Cop dan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka dengan PDRM di sini.

Pada majlis itu, kira-kira 400 mahasiswa UiTM Pahang turut mendaftar sebagai ahli Rakan Cop. Fatimah berkata UiTM Pahang menjadi perintis kepada program berkenaan sebelum diperluaskan ke pusat pengajian tinggi lain di negeri itu.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails