BANTING, 24 Feb : Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Khamis memerintahkan kes bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Majistret Hurman Hussain menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof. Hurman menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dalam prosiding pada Khamis, Ishak turut mengemukakan surat izin kepada mahkamah bagi membolehkan kes itu dipindah ke Mahkamah Tinggi. Selain Ishak, pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.
Peguam Amer Hamzah Arshad, Puspha Ratnam dan Datuk Ng See Teong mewakili kesemua tertuduh. Pada 13 Okt tahun lepas, Pathmanabhan, 41, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pada 21 Feb lepas, dua lagi pekerja ladang, K.Sarawanan, 20, dan U.Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana melupuskan mayat kesemua mangsa.
Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki membuat keputusan itu setelah berpendapat kesalahan yang dilakukan Sarawanan dan Suresh sangat serius pada prosiding rayuan dan semakan yang difailkan terhadap hukuman asal mereka iaitu tujuh tahun penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok 15 Okt tahun lepas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan