myMetro 27.02.2011
BATU PAHAT : "Saya pernah nampak ibu mentua (Yatmah Abdul Rahman, 81) menangis seorang diri, namun tidak pasti sama ada dia bersedih atas apa yang berlaku terhadap Datuk Sosilawati Lawiya atau perkara lain. "Yang pasti, ibu meluahkan perasaan tidak puas hati setiap kali teringatkan kejadian yang menimpa anaknya," kata menantu bongsu Yatmah, Muslimah Shawan, 29, ketika ditemui di rumahnya di Seri Medan, semalam.Katanya, ibu mentuanya jarang berbual mengenai kejadian itu namun setiap kali teringat, dia bertanya kenapa ada manusia sanggup melakukan perkara itu. "Ingatan ibu mentua kurang baik sejak beberapa tahun lalu. Berikutan itu ada masanya dia boleh ingat perkara berkenaan (kejadian bunuh) dan ada kalanya dia terlupa. Sebagai ibu, saya pasti dia sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya dan pernah melihatnya menangis di rumah," katanya.
Menyentuh keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun kepada dua pekerja ladang, K Sarawanan, 20, dan U Suresh, 27, Muslimah berkata, ia keputusan mereka yang bertanggungjawab.
Katanya, sebagai manusia dan rakyat biasa dia tidak berhak memberi ulasan atas keputusan itu, namun berpendapat apa dilakukan tertuduh (melupuskan bukti) sangat serius. Disebabkan perbuatan itu, keluarga tidak dapat menuntut jenazah sekali gus tidak dapat mengebumikannya, tiada sijil kematian dan pelbagai kesulitan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan