Jika berkunjung ke Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan. Jom pekena Popia Stadium yang sememangnya popular. Tapi bagi aku yang dah sekian lama menikmati Popia Stadium, walaupun popular, rasanya Popia Stadium ni dah semakin 'kurang menyengat'... Sebabnya? Popia ni tak dihidangkan panas-panas (masak/goreng kat tempat lain dan dibawa kat restoran ni untuk dijual). Tentu popia ni lebih sedap sekiranya dihidangkan panas...!!!
Apa-apapun, jika berkunjung ke medan selera Stadium Sultan Mohammad ke-IV ini, tak rugi untuk anda mencuba Popia Stadium yang popular di kalangan pengunjung dalam dan luar negeri Cik Siti Wan Kembang ini... Selamat menjamu selera!!!

2 ulasan:
Saya pernah pergi ke stadium kota bharu nak cari popia tp tak jumpa restoran tersebut. ada lagi ke restoran ni?
Limitrel... masih wujud lagi restoran ini. Pergi je ke area foodcourt stadium tu, biasa bukak petang restoran jual popia ni....
Catat Ulasan