VVIP DENAI CINTA

23 Februari 2011

Hukum Suspek Utama Secepat Mungkin - Erni

myMetro
KUALA LUMPUR : "Saya bersyukur dua suspek yang terbabit pembunuhan ibu saya dihukum penjara 20 tahun, namun hati saya tidak akan puas selagi suspek utama tidak dijatuhkan hukuman lebih berat," kata anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26.


Menurutnya, dua suspek pekerja ladang yang dijatuhkan hukuman penjara kerana melupuskan bukti kes pembunuhan kejam ibunya, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya hanya 'tali barut' dan bukan perancang utama.


"Hati saya dan adik-beradik belum tenteram selagi suspek utama peguam berusia 42 tahun belum dibicara dan dijatuhkan hukuman setimpal.
Saya berharap suspek utama terbabit (N Pathmanabhan) dihukum secepat mungkin," katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, kes pembunuhan membabitkan suspek utama terbabit akan disebut semula di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, esok . Menurutnya, kehilangan ibunya itu masih dirasai sehingga kini apatah lagi apabila kes terbabit disebut semula di mahkamah dan mendapat liputan media tempatan.


"Walaupun reda dengan kehilangannya, namun saya tetap tabahkan hati untuk meneruskan apa yang diusahakan ibu," katanya yang kini sibuk menjalankan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages. Dia yang kini menyandang jawatan pengarah urusan syarikat berkenaan bersyukur kerana diberi sokongan kakitangan ibunya selain stokis yang masih setia dengan produk kecantikan berkenaan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails