KINI semua peminat Akademi Fantasia sudah tahu Amy Search yang akhirnya menduduki kerusi pengetua Akademi Fantasia (AF) musim terakhir, iaitu musim kesembilan. Selepas pelbagai cerita timbul berkaitan isu kerusi hangat AF9 itu, vokalis Search itu muncul insan terpilih untuk mengetuai akademi.
Selepas semuanya selesai, maksud Cik Normah, pengumuman pengacara, tenaga pengajar, pelajar dan pengetuanya, kini rancangan itu dikatakan rancak berlangsung. Cik Normah ingatkan, tiadalah apa-apa lagi yang akan dikomen. Tup-tup kemampuan barisan pelajarnya pula yang Cik Normah dengar teruk dikritik.
Ramai kawan Cik Normah yang sudah bertahun-tahun menulis fasal industri hiburan tanah air mengaku kurang teruja untuk mengikuti AF musim baru. Bukan kerana pengetua atau pengacaranya, tetapi bakat yang ditampilkan tidak menggambarkan inilah musim terakhir program realiti itu.
Cik Normah pun malas nak cerita panjang-panjang fasal kemampuan pelajar terbabit. Kalau ada yang meletup, seronoklah juga hendak mengomel di sini. Tetapi setakat ini, rasanya belum ada antara mereka yang sehebat bekas pelajar terdahulu.
Habis cerita fasal pelajar, Cik Normah dimaklumkan seorang teman, Astro terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membayar pampasan kepada pemuzik Indonesia, Ahmad Dhani. Semua itu gara-gara dirinya tidak jadi dilantik sebagai pengetua, selepas 'kontrak' dikatakan sudah pun ditandatangani.
Berapa jumlah yang dibayar itu, biarlah jadi rahsia Cik Normah saja. Namun, jumlahnya memang banyak angka. Maklumlah, khabarnya Dhani sudah pun membatalkan banyak projek membabitkan dirinya untuk menjayakan program realiti terbabit.
Seorang teman lain pula sempat mencubit Cik Normah beberapa hari lalu. Katanya, nasib baik Dhani tak jadi pengetua akademi, kalau tidak, dia pun tentu malu dengan bakat yang ditampilkan menerusi rancangan realiti itu pada musim ini. - Berita Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan