VVIP DENAI CINTA

21 April 2011

Pembayar Cukai Diingat JANGAN DEDAH MAKLUMAT Dalam e-Filing

KUALA LUMPUR, 20 April [Bernama] : Pembayar cukai yang menggunakan sistem e-filing bagi mengisi borang cukai pendapatan dan membuat pembayaran diminta supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi dan sulit mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata pembayar cukai perlu mengamal langkah-langkah selamat online apabila menggunakan perkhidmatan itu.

"Maklumat sulit dalam fail cukai, termasuk nombor pengenalan, alamat, gaji, butiran kewangan dan nombor hubungan perlu dilindungi," katanya dalam satu kenyataan bersama Symantec Malaysia di sini, Rabu.

Beliau berkata pembayar cukai juga perlu berhati-hati agar tidak menjawab e-mel atau SMS yang meminta maklumat peribadi atau mendakwa menawarkan bayaran balik cukai, dan menurutnya hampir dua juta pembayar cukai mendaftar sebagai pengguna e-filling tahun lepas.

Katanya menerusi Laporan "State of Spam and Phishing Report" terbitan bulanan Symantec, pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai langkah keselamatan online.

Tarikh akhir mengisi borang cukai pendapatan dan membuat pembayaran adalah pada 30 April ini, dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh dirujuk kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDN dengan menelefon 1-300-88-3010 atau melalui e-mel ke aduan@hasil.gov.my

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails