Terasa amat bangga dengan sistem yang diamalkan oleh pemerintah negara kita. Lihat sahaja keprihatinan dan sikap MENDAHULUKAN kepentingan dalam menjaga penagih-penagih dadah di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen). Seorang penghuni Puspen, diperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan. Atau setahun perbelanjaan untuk seorang penuntut UNIVERSITI Puspen ini adalah sebanyak RM7,117.20.12,397 Pelatih Pusat Serenti Berjaya Dipulihkan Tahun Lepas - Abu Seman
Bayangkanlah jika penuntut UNIVERSITI Puspen ini gagal dalam pengajian, oh!!! mereka tidak perlu bimbang kerana kerajaan akan sentiasa mendahulukan serta memanjai mereka. Mereka boleh mengulang pengajian mereka di UNIVERSITI Puspen dan kerajaan dengan sukacita akan menanggung lagi kos RM7,117.20 kepada mereka dalam bentuk BIASISWA tanpa perlu membuat bayaran terhadap kos yang dikeluarkan kerajaan tersebut.
Ini amat berbeza dengan apa yang ditanggung oleh GRADUAN IPTA dan IPTS yang menerima pinjaman PTipuPTN. Pinjaman PTipuPTN yang diberikan kepada siswazah akan dikerah pembayaran balik pinjaman (+bunga-bunga cinta +kos pengurusan dll) walaupun ada di kalangan mereka masih giat melakukan aktiviti menanam anggur.
Amat beruntunglah para penuntut UNIVERSITI Puspen di Malaysia. Tidak seperti GRADUAN yang terbeban dengan pinjaman PTipuPTN, penagih ini diberi layanan cukup istimewa dan diberikan BIASISWA penuh apabila memasuki UNIVERSITI Puspen.
Itu belum lagi diambil-kira kos yang dilaburkan kerajaan untuk menanggung pengajian sepenuh masa oleh senior penagih ini yang mengambil pengajian peringkat PHD di penjara-penjara seluruh negara. Pastinya kos serta BIASISWA yang dikurniakan kerajaan untuk para BANDUAN ini amat berbaloi kepada mereka agar selesa sepanjang tempoh penginapan di penjara-penjara 1Malaysia.
1Malaysia : Penagih & Banduan Didahulukan. Graduan...?
BERNAMA
KUALA LUMPUR, 26 April : Seramai 12,397 atau 60.5 peratus daripada 20,502 penghuni yang menjalani program rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) berjaya dipulihkan tahun lepas. Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, bagaimanapun terdapat 7,735 atau 37.7 peratus pelatih yang tidak dapat mengekalkan kepulihan atau menagih semula ketika menjalani pengawasan dalam komuniti.
"Proses pemulihan seorang penagih dadah memakan masa yang panjang dan penagihan dianggap sebagai 'penyakit berulang yang kronik'. Sungguhpun demikian, sepanjang tahun 2010 seramai 12,397 daripada 20,502 pelatih yang tamat tempoh pengawasan telah berjaya membebaskan diri daripada penagihan dadah, manakala 370 orang atau 1.8 peratus pula telah meninggal dunia," katanya menjawab soalan Senator Mariany Mohammad Yit pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.
Mariany ingin tahu jumlah purata kos yang ditanggung kementerian bagi seorang pelatih di Pusat Serenti, jumlah keseluruhan pelatih di seluruh negara serta keberkesanan sistem di pusat-pusat tersebut.
Berhubung kos yang ditanggung kementerian bagi seorang penghuni Puspen, Abu Seman berkata sebanyak RM19.77 sehari atau RM593.10 sebulan telah dibelanjakan merangkumi perbelanjaan makan minum, emolumen kakitangan dan perkhidmatan serta bekalan.
Beliau berkata, sehingga Mac tahun ini seramai 5,441 orang pelatih sedang menjalani rawatan dan pemulihan dadah di semua pusat serenti seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan