VVIP DENAI CINTA

27 April 2011

Jom Makan Raja Musang!!!

Jom makan Musang King!!! Bukan musang berekor dan berkaki empat tu yea, tapi durian yang 'berjenama' Musang King (ditanam terutamanya di kawasan Bentong - Raub). Agak mahal durian ni, sesekali boleh le acu-cuba-try-test makan. Kalo selalu nak melantak durian ni, jawabnye rabak le poket. Melainkan kalo anda ada dusun durian atau kenal rapat dengan tuan kebun atau tokeh yang jual durian, maka boleh le selalu menjamah Raja Buah ini.


Bagi yang menetap di Kuantan, terutamanya di Sungai Isap dan Permatang Badak, durian ini saya beli di gerai tepi jalan berhampiran simpang masuk Taman Sepakat. Gerai sebelah bus stop (dekat ngan Food Court Taman Sepakat tu...)


Harganya jugak agak berbaloi. Sesetengah tempat harga boleh cecah RM25 sekilogram. Kat tempat saya beli ni harganya RM18 sekilogram. Boleh la sesekali nak merasa keenakan durian ni, kan.....


Isinya memang cukup manthopppp dan tangkap lelehhhh...!!!

Jom kita pakat makan buah-buahan tempatan!!!!! ;)

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails