VVIP DENAI CINTA

02 September 2009

CORETAN KENANGAN ALLAHYARHAM USTAZ ASRI

dipetik dari blog sahabatku USTAZ MUHAMAD BIN ABDULLAH AL-AMIN
Allayarham Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Pemergian beliau pada 2009 ini bermakna genap 40 tahun beliau berkhidmat pada agama. Beliau meninggalkan seorang balu Haliza, 38 dabn enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Beliau memillih bidang seni suara untuk berjuang kerana pada ketika itu, tidak ramai orang yang berada di dalam bidang ini. Bermula dengan kumpulan Nada Murni, hinggalah pada 1 Mac 1997 Rabbani ditubuhkan. Di atas usaha yang bersungguh, Rabbani pernah dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Anggota Rabbani yang lain Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad LuqmanAbd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman, masing-masing menyatakan rasa terkejut dengan pemergian beliau. Ketika saya bertemu dengan mereka, mereka berkata; "tak tahu lah ustaz, macam mimpi aje ni..."

Beliau pernah bergurau; "Kumpulan Raihan ada yang dijemput Allah, kumpulan Hijaz, Salleh, dijemput dulu, agaknya Rabbani nanti saya le tu…" Ketika perkhabaran kehilangan beliau, ini antara ucapan yang saya ingat dulu.

Pertama sekali saya rapat dengan beliau adalah ketika beliau belajar di Karachi Pakistan. Waktu tu, saya hanya pangkat adik-adik beliau. Menurut Nazrul Azhar Tamrin yang saya temui malam tadi, dalam sebulan ke belakangan ini, Ustaz Asri selalu memberikan ceramah mengenai kematian. Tak sangka pula, ia sebagai tanda pemergiannya.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.Semoga ALLAH menggolongkan beliau dalam golongan soleh dan mengampuni beliau, Semoga segala sumbangan beliau dalam bidang dakwah nasyid menjadi pahala yang berterusan selagi ia dikumandangkan dan mudah-mudahan. Allah memberikan kesabaran kepada keluarga dan sahabat handai yang ditinggalkan..Al-Fatihah..

Diari Merakam Sejarah Mencatat Kenangan

Al-fakir ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam 14 Ogos 09 jam 8.45 pagi




pergi tak kembalinya seorang pejuang








Balu serta anak-anak allahyarham







Nazrey Johani turut hadir bagi memberi
penghormatan terakhir






Orang ramai bergilir-gilir menunaikan solat jenazah untuk arwah


Yassin juga turut hadir


orang ramai memenuhi rumah bonda kepada Allahyarham


terlalu banyak kereta menyebabkan kesesakan lalulintas


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails