VVIP DENAI CINTA

13 Ogos 2009

al-FATIHAH untuk USTAZ ASRI


SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM USTAZ ASRI... Al-Fatihah... Semoga rohmu tenang di sana dan ditempatkan oleh AllahNYA di kalangan hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya dunia hiburan Islam telah kehilangan seorang tokoh yang begitu tegar dalam memperjuangkan satu bentuk hiburan yang mengikut landasan yang diredhaiNYA. Bagi aku dan teman-teman seangkatan yang pernah menuntut di sekolah menengah agama, pastinya kita tidak akan melupai lagu-lagu dendangan Allahyarham sejak beliau bersama kumpulan nasyid NADAMURNI. Sesungguhnya kita melangkah dewasa dengan lagu-lagu nasyid nyanyiannya bersama Nadamurni dan juga kumpulan nasyid seangkatannya seperti THE ZIKR dan kumpulan lainnya di bawah naungan OVA Production. Malah, aku semasa di sekolah menengah (Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu), sempat menerima kunjungan Allahyarham untuk melatih kumpulan nasyid sekolah kami. Berkat tunjuk ajar arwah, Maahad Muhammadi Lelaki muncul johan nasyid peringkat negeri untuk tahun tersebut (aku lupa tahunnya). Allah swt lebih menyayangimu, semoga aman bersemadi di sana...

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails