02.05.2010 : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu rakyat lebih bersikap adil terhadap polis dan tidak berterusan membuat andaian buruk terhadap pasukan berkenaan. Beliau berkata isu terbaru melibatkan kejadian tembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah,15, Isnin lepas tidaklah perlu diulas secara keterlaluan sehingga menimbulkan pelbagai prejudis terhadap pasukan polis.
"Satu panel memantau siasatan polis terhadap kes itu akan dibuat, saya beri jaminan lantikan itu nanti akan pertimbangkan mereka yang benar-benar bebas, kita simpati terhadap apa yang berlaku, dalam masa yang sama ia perlulah melalui proses keadilan," katanya. Beliau yang juga naib presiden Umno memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan mesyuarat serentak 30 cawangan Umno bahagian Cameron Highlands, di Sungai Koyan, dekat Raub hari ini.
Hishamuddin berharap menerusi lantikan panel itu kelak, ia akan dapat memantau siasatan yang dilakukan berhubung kes berkenaan bagi menegakkan apa juga keadilan. Beliau berharap semua pihak menunggu hasil siasatan itu dan tidak berterusan membuat andaian, spekulasi atau mempolitikkan isu berkenaan. Hishammuddin turut mempertikaikan sikap sesetengah pihak yang seringkali membuat kenyataan yang langsung dilihat tidak pernah memihak kepada pasukan polis.
"Dalam konteks orang awam ditembak, rakyat marah, tapi kita tidak lihat reaksi yang sama apabila terdapat anggota polis yang ditembak, orang ramai seperti tidak memberi simpati. Apakah ada beza nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis?" katanya. - BERNAMA
Hari tu Ketua Polis Negara keluarkan kenyataan seolah mengugut rakyat. Hari ini (02 Mei 2010), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula yang bercakap pakai tempurung lutut.
Yo bro! Apa ingat kami rakyat ni zalim sangat ke sampai tak bersimpati dengan anggota Polis yang cedera/terbunuh semasa menjalankan tugas? Setiap kali tengok berita, lihat aksi Mat Rempit/Samseng Jalanan yang kurang ajar rempuh sekatan yang pihak polis buat sampai ada polis yang tercedera, nak jea aku cadangkan supaya polis pasang perangkap kawat berduri biar habis bersepai mat-mat rempit kurang ajar tu. Tak pun biar jea polis rempuh dengan trak mat-mat rempit yang biadab ni.
Itu reaksi kami, reaksi apabila melihatkan pihak polis terdedah kepada bahaya apabila membuat sekatan jalanraya untuk membendung aktiviti Samseng Jalanan ini. Hishamuddin tolonglah jangan dangkal sangat menuduh rakyat sebagai tidak bersimpati kepada anggota polis sehingga mengeluarkan kenyataan mengatakan rakyat membezakan nyawa orang awam dengan nyawa anggota polis!!!
Bro, jangan emo. Bro tu menteri. Bercakap pakai akal dan otak yang letaknya dalam tempurung kepala bro tu. Jangan cakap pakai tempurung lutut atau tempurung kelapa!!!

...........................

1 ulasan:
bg aku lah kan.. 2-2 slh..
klu nk diikutkn bdk ni pun byk dh langgar undang2 ari kejadian.. polis plak aku rase slh sbb dia lepaskan tembakkan wlupun bdk ni x ancam nyawa polis tu..persoalannye skarang bkn sape yg slh..bg aku kite smua nk dgr jwapan atas tindakan polis tu..atas dasar pe dia buat keputusan nk tembak bdk tu lps dh dgr pe jadi mase tu drpd kawan dia..
peace..
Catat Ulasan