VVIP DENAI CINTA

20 Oktober 2011

MENU RAKYAT 1MALAYSIA - Lunch Hanya RM4.00!!!

Alhamdulillah, pengenalan Menu Rakyat 1Malaysia yang disertai 1004 restoran di seluruh negara wajar disokong dalam menyediakan menu yang mampu dinikmati oleh rakyat Malaysia pada harga berpatutan (murah). 

Menu Rakyat 1Malaysia menawarkan pakej makanan dengan harga murah, harga maksimum bagi sarapan pagi di Semenanjung Malaysia ialah RM2.00 manakala Sabah dan Sarawak RM2.50. Harga maksimum pakej makan tengah hari di Semenanjung Malaysia pula ialah RM4.00 manakala di Sabah dan Sarawak RM5.

Errr... Makan malam takde ke...? ;)

Sekiranya berminat nak acu cuba try test Menu Rakyat 1Malaysia di restoran berhampiran kalian, korang try le search kat website ni, KLIK : 1PENGGUNA - SENARAI MENU RAKYAT 1MALAYSIA dan segala maklumat Restoran yang menyertai program ni ada di situ (termasuk bangsa pemilik restoran tersebut).

PM NAJIB RAZAK menerai Menu Rakyat 1Malaysia, tapi kalau lelauk sebanyak tu
yang korang ambik (macam PM ambik) jawabnye melebihi RM4.00 tu!!! :-D

"Enak, Berkualiti" - PM
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam meluangkan 30 minit menikmati hidangan tengah hari Menu Rakyat 1Malaysia di Restoran Ukhwah di sini bagi merasai sendiri keenakan serta kualiti makanan disediakan.

Turut mengiringi beliau, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dua Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Rohani Abdul Karim dan Datuk Tan Lian Hoe serta Presiden Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah), Datuk Rahim Baba.
Walaupun program itu menawarkan pakej makanan dengan harga murah, Perdana Menteri memuji keenakan dan kualiti hidangan disediakan. Menerusi Menu Rakyat 1Malaysia, harga maksimum bagi sarapan pagi di Semenanjung Malaysia ialah RM2.00 manakala Sabah dan Sarawak RM2.50.
Harga maksimum pakej makan tengah hari di Semenanjung Malaysia pula ialah RM4 manakala di Sabah dan Sarawak RM5. Ismail Sabri berkata, sehingga kini 1,004 restoran di seluruh negara menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia di premis masing-masing, melebihi sasaran ditetapkan kementeriannya iaitu 1,000 restoran menjelang hujung tahun ini.
"Hari ini (semalam) Perdana Menteri mahu menikmati sendiri hidangan Menu Rakyat 1Malaysia yang disediakan dan beliau memujinya sekali gus menolak anggapan segelintir pihak kononnya makanan pada harga murah tidak berkualiti."
"Kementerian sentiasa memantau tahap kualiti makanan yang disediakan kepada orang ramai dan kami menyeru lebih banyak premis makanan turut serta dalam program ini. Ia bukan saja membabitkan restoran makanan Melayu malah makanan India, Cina dan etnik di Sabah serta Sarawak," katanya dalam sidang media, di sini, semalam. Katanya, walaupun murah, pengusaha tetap mendapat keuntungan berdasarkan jumlah jualan setiap hari. "Kalau dijual mahal, tidak ramai mahu membeli tetapi kalau murah, pasti makanan yang dijual cepat habis," katanya. - Harian Metro

1 ulasan:

Pondok Usang berkata...

wow.. berpatutan.. hope berkekalan dlm satu waktu jangkamasa yg panjang..

Related Posts with Thumbnails