SHAH ALAM, 30 Sept : Isu ketepatan rekod panggilan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi menjadi tumpuan pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Makamah Tinggi di sini Jumaat.
Peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathmanabhan, mencabar kesahihan rekod panggilan itu selepas menemui beberapa kesilapan pada dokumen yang dicetak oleh pegawai Unit Siasatan dan Penipuan, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, Mohd Feisal Zakaria, 43. Manjeet mendakwa salah satu nombor, 0168438478 yang direkodkan dalam dokumen itu tidak mempunyai nama pemilik berdaftar.
"Nombor ini didaftarkan di bawah nama siapa," soal Manjeet.
"Ia tidak dicatatkan," jawab Mohd Feisal.
"Terdapat 'tanda soal' di bawah pemilik berdaftar, adakah ini dilakukan oleh komputer," soal Manjeet.
"Ya", jawab Mohd Feisal.
Manjeet turut mempersoalkan catatan di dokumen itu yang menunjukkan bahawa nombor telefon bimbit berkenaan telah didaftarkan sejak 1900 dan sambil tersenyum beliau berkata : "Saya tidak tahu DiGi telah beroperasi selama 111 tahun dan Akta Syarikat juga belum wujud pun lagi (pada tahun itu)." Hakim Datuk Akhtar Tahir turut berjenaka menyatakan bahawa pada tahun itu komputer juga masih belum wujud.
"Adakah ini kesilapan dilakukan oleh komputer," soal Manjeet dan Mohd Feisal menjawab beliau tidak tahu bagaimana kesilapan itu berlaku. "Awak tidak bertanggungjawab atas kandungan dokumen ini dan awak tidak tahu jika ada kesilapan pada dokumen ini," soal Manjeet dan saksi itu menjawab "benar".
"Kalau komputer melakukan kesilapan kamu tidak bertanggungjawab ke atasnya," soal Manjeet dan Mohd Feisal menjawab "benar".
Ketika ditanya Akhtar adakah beliau berusaha mencari maklumat yang tidak lengkap di dalam dokumen itu selepas mencetaknya, saksi ke-55 pendakwaan itu menjawab beliau tidak berbuat demikian kerana terus menyerahkannya kepada pihak polis.
Pathmanabhan, 42, bekas peguam, bersama tiga pekerja ladangnya, T Thilaiyalagan, 20, R Matan, 21 dan R Kathavarayan 31, dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.
Kejadian itu didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, Selangor, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu. Meraka didakwa mengikut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan yang masuk hari ke-39 bersambung pada 10 Okt depan. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan