VVIP DENAI CINTA

20 Mei 2011

KOPI GELATIN KHINZIR?

NAFI JUAL KOPI GELATIN BABI
[myMetro]
KLUANG : Tiga bersaudara yang juga pengarah syarikat Rail Passion Sdn Bhd, pengeluar Kluang Rail Coffee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dua pertuduhan menjual kopi mengandungi gelatin babi di premis mereka tanpa melabelkan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan itu pada pembungkusan.


Selain tiga pengarah syarikat itu, dua pemilik kilang dan syarikat yang membungkus kopi campuran untuk jualan syarikat Rail Passion Sdn Bhd turut didakwa di mahkamah sama, semalam.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob manakala lima individu itu diwakili peguam S Selvarajah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tiga pengarah terbabit, Lim Jit Chiang, 37, Lim Jit Tong, 42, dan Lim Jit Chen, 58, didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan mengandungi DNA babi, antara jam 3 petang hingga 4 petang di salah sebuah premis mereka di Jalan Tasik di sini, 25 Mac lalu.

Mereka didakwa menjual serbuk kopi dalam bungkusan belum dibuka itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Johor, Amezatul Aida Mohd Daim dan selepas dianalisis Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor, didapati terdapat DNA babi di dalam serbuk kopi itu.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjual 20 peket kopi uncang dalam bungkusan mengandungi DNA babi pada waktu, tarikh dan premis sama, juga kepada Amezatul Aida. Selepas dianalisis jabatan kimia yang sama, keputusan turut mengesahkan terdapat DNA babi dalam 20 peket kopi uncang berkenaan.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tiga bersaudara terbabit didakwa mengikut peruntukan peraturan 11(1)(c) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kerana menjual makanan tanpa penyataan wujud DNA babi pada label bungkusan makanan yang dikeluarkan atau digunakan mereka.

Bagi setiap pertuduhan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000
atau penjara tidak melebihi dua tahun setiap seorang.


Dalam prosiding lain, Wong Siew Boey, 52, dan Ong Cheng Ming, 44, yang juga rakan kongsi syarikat Cheng Hiong Coffee Powder Trading didakwa menyedia dan membungkus kopi campuran itu di kilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading di Jalan Mersing di sini.

Mereka didakwa menyedia dan membungkus kopi campuran yang belum dibuka dan tidak dilabel itu kepada Rail Passion Sdn Bhd, antara jam 10.40 pagi hingga 2 petang pada 25 Mac lalu. Mereka didakwa mengikut peruntukan peraturan sama dikenakan terhadap tiga pengarah syarikat Rail Passion.

Sebaik mendengar pengakuan tidak bersalah lima tertuduh dan permohonan dibicara, Norhabsarina menetapkan 5 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails