Jangan kerana nila setitik maka kita akan memandang serong kepada profesion perguruan. Namun masalah kebejatan sosial di kalangan guru juga harus diperhati dan ditangani sebaiknya oleh pihak berwajib. Masalah rogol/cabul terhadap anak murid, bahkan ada juga kes guru yang telah berkahwin berskandal/berhubungan sulit sesama mereka. Begitu juga kes kegatalan Guru Besar yang mengambil kesempatan terhadap guru-guru wanita.
Kerajaan juga perlu menangani permasalahan 'jiwa' sekian ramai guru yang tertekan apabila diarahkan bertugas di tempat yang memisahkan mereka dari pasangan suami/isteri dan anak masing-masing. Ada di antara mereka, si isteri mengajar di Semenanjung manakala sang suami pula berkhidmat di Sabah/Sarawak. Situasi ini sememangnya amat menekan perasaan mereka.
Dan kini, profesion perguruan bukan lagi diceburi kerana minat bergelar pendidik!!! Kebanyakkan graduan memilih kerjaya ini kerana HANYA INI PELUANG KERJAYA YANG ADA. Maka kita boleh lihat kualiti guru semakin menurun. Pemantauan dan tapisan perlu dilakukan dari masa ke semasa dan pihak berwajib harus berani untuk MEMBERHENTIKAN SERTA MERTA guru yang bermasalah!!!
KUANTAN, 9 Mei (Bernama) : Polis menahan seorang guru sekolah menengah di sebuah tanah rancangan Felda di Jengka, Jerantut, pada Ahad kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Khamis lepas. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, guru lelaki berusia 33 tahun itu didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun itu di sebuah kuarters guru di tanah rancangan itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supt Mohd Haris Daud berkata guru berkenaan telah menghubungi keluarga mangsa untuk mengajar mangsa di kuarters tersebut. "Mangsa dan seorang rakan sekolahnya pergi ke rumah guru berkenaan bagi menyiapkan kerja sekolah. Bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian rakan mangsa telah beredar dari rumah itu. Selepas rakan mangsa keluar, guru berkenaan bertindak memeluk mangsa secara paksa dan merogolnya," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
Mohd Haris berkata guru berkenaan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak dan keluarganya tinggal di Kedah. Katanya, mangsa yang mengalami kemurungan menceritakan perkara itu kepada salah seorang guru di sekolahnya sehari selepas kejadian sebelum dimaklumkan kepada keluarga. Beliau berkata keluarga mangsa membuat laporan polis pada Ahad.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan