VVIP DENAI CINTA

01 Mei 2011

Guna Jadual Pantau Anak?

Ibu Bapa Disaran Guna Jadual Harian Pantau Anak
KUALA LUMPUR, 30 April [BERNAMA] : Ibu bapa di negara ini disaran menggunakan jadual harian bagi membantu anak-anak mereka mendisiplinkan diri. Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Tan Sri Zaleha Ismail berkata penggunaan jadual juga memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak.

Cukupkah sekadar dengan sediakan jadual untuk mereka...? Untuk yang beragama Islam, ada baiknya kita merenung sejenak perihal pendidikan yang diberikan kepada anak-anak kita. Apakah anak-anak ini telah diberikan didikan sempurna menurut acuan Islam...?

Ramai yang tidak mengambil-berat peri pentingnya didikan agama untuk anak tersayang. Pengajian Islam tidak hanya cukup di Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) semasa di sekolah rendah. Apabila meningkat remaja dan memasuki sekolah menengah (melainkan berada di sekolah aliran agama) anak-anak yang belajar di sekolah menengah ini tidak lagi mendapat didikan tambahan mengenai agama Islam, hanya mengharapkan subjek Pendidikan Islam di sekolah.

Jelas ilmu agama tidak diterapkan sempurna kepada anak-anak kita hari ini sehinggakan membarah segala macam gejala soSIAL!!! Memanglah pelajar sekolah menengah agama pun ada yang terjebak dengan gejala soSIAL, namun itu bukan alasan kepada kita untuk meminggirkan dan merasa tidak penting pendidikan aliran agama di sekolah menengah bagi anak-anak kita.

Sudah tiba masanya Kementerian berkaitan memperkasakan institusi pengajian dan menekankan subjek agama Islam yang lebih kepada pelajar-pelajar Islam. Pengajian-pembelajaran serta praktikal perlu diteruskan dari pra-sekolah, sekolah rendah dan sehinggalah ke sekolah menengah.

Perbanyakkan sekolah aliran agama. Dan perlu dibuat kajian mengenai kebaikan mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan. Sekolah yang khusus untuk lelaki sahaja dan begitu juga sekolah khusus pelajarnya wanita tanpa bercampur sesama jantina, cukuplah apabila berada di institusi pengajian tinggi mereka di tempatkan dalam satu institusi.


Ibu Bapa Disaran Guna Jadual Harian Pantau Anak

KUALA LUMPUR, 30 April [BERNAMA] : Ibu bapa di negara ini disaran menggunakan jadual harian bagi membantu anak-anak mereka mendisiplinkan diri. Yang Dipertua Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Tan Sri Zaleha Ismail berkata penggunaan jadual juga memudahkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak.

"Ibu bapa perlu atur aktiviti harian anak-anak melalui penjadualan. Jika mereka tiada di rumah atau sibuk bekerja, anak-anak boleh mengawal diri mereka berpandukan jadual," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu. Zaleha berkata kegagalan ibu bapa mengawal dan memantau pergerakan anak-anak adalah antara faktor ramai yang terjerumus dalam gejala tidak bermoral.

Beliau memberi contoh sikap lepas tangan kebanyakan ibu bapa yang membiarkan anak-anak ke sekolah menggunakan pengangkutan awam. "Penggunaan pengangkutan awam ini bukan cara yang efektif untuk mengawal anak-anak," katanya.

Zaleha sebelum itu merasmikan rumah perlindungan dan anak-anak yatim Raudhatul Jannah yang menempatkan 15 orang termasuk seorang bayi berusia 11 bulan. Bagi yang ingin menghulur sumbangan, mereka boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Islamic Bank bernombor 1430-0000487-01-6.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails