VVIP DENAI CINTA

03 Mei 2011

Bapa Roboh Rumah Anak Guna Dua Jentolak!!!

FOTO OLEH HARIAN METRO

PERTIKAIAN HAK TANAH PUNCA BAPA ROBOH RUMAH ANAK GUNA JENTOLAK
M
ARANG, 2 Mei (BERNAMA) : Ekoran masalah keluarga dan perselisihan faham berhubung pembahagian hak milik tanah, seorang lelaki bertindak meroboh rumah anaknya sendiri dengan jentolak. Lelaki berumur 67 tahun bersama tiga anak tirinya turut mengugut keluarga Yusof Mat Yasin, 52, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi di Batu 13, Jalan Kuala Berang, Ahad.


Faridah menceritakan detik dua jentolak cuba merobohkan rumahnya

Ketika ditemui pemberita di rumahnya yang mengalami kerosakan teruk di bahagian dapur dan garaj Isnin, Yusof berkata dia telah beberapa kali disuruh mengosongkan rumahnya itu. Yusof menjelaskan rumah itu dibina 30 tahun lalu di atas tanah miliknya, namun ayahnya mendakwa rumahnya memasuki kawasan tanah milik bapanya di sebelah lot rumah itu.

Katanya mungkin berang kerana dia tidak juga berpindah keluar, bapanya bersama tiga saudara tirinya bertindak memutuskan bekalan elektrik dan mencabut meter air serta merobohkan garaj dan dapur rumah setingkat berkenaan pagi semalam.

Yusof, yang merupakan seorang kontraktor, berkata dia yang berada di rumah bersama isteri dan anak perempuan berumur 17 tahun dikejutkan bunyi bising jentolak di luar rumah. Katanya apabila menjenguk keluar rumah, dia ternampak bapanya bersama tiga saudara tirinya sedang cuba merobohkan rumahnya dengan jentolak.

"Kami tidak berani keluar bimbang nyawa terancam, tetapi anak sulung saya berumur 30 tahun yang berada di rumah sebelah sempat melarikan diri dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung," katanya. Yusof berkata bapa dan tiga saudara tirinya berhenti memusnahkan rumahnya setelah pihak polis tiba. Kerosakan dianggarkan melibatkan kerugian RM40,000.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan dalam sidang akhbarnya berkata empat suspek berumur 30 hingga 67 tahun ditahan berhubung kejadian. Katanya kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails