Aku kata bodoh tongong kang ada yang marah dan terasa hati. heh~..... Ape ke bangang dah naikkan harga barang lepas tu siap boleh sound pengusaha/peniaga makanan dan minuman supaya tak memahalkan harga.
Tak boleh nak guna istilah 'naikkan harga' sebab harga makanan dan minuman sekarang ni sememangnya dah sekian lama 'naik' (dan tak pernah turun) cuma menunggu masa untuk terus 'dimahalkan' oleh pengusaha dan peniaga. KERA jaan pula hanya pandai naikkan lepas tu bagi amaran kononnya supaya harga barangan tak dimahalkan. Pemantauan harga barang...? Pantau dari jauh jea la gamaknya. Beginilah nasib rakyat 1Malaysia, rakyat yang sentiasa 'kena dulu'.
Peniaga Diingat Jangan Guna Kenaikan Harga Gula Naikkan Harga Makanan
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula pada Selasa untuk menaikkan harga makanan. Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.
"Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis," katanya kepada pemberita selepas memberi ucap utama di seminar tadbir urus korporat di sini pada Selasa.
Mahani berkata kementerian juga akan membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga makanan sewenang-wenangnya. Kerajaan pada Isnin mengumumkan kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram selaras dengan langkah merasionalisasi harga runcit gula. Sungguhpun demikian, harga itu masih rendah berbanding di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan