VVIP DENAI CINTA

16 Mei 2011

Penduduk Chepor Gempar 2 Kes Bunuh Diri Dalam Tempoh 3 Jam

IPOH, 16 Mei (Bernama) : Penduduk sebuah taman perumahan di Chepor semalam gempar apabila dua penduduk, seorang lelaki dan seorang wanita, dijumpai mati selang tiga jam, dan kedua-duanya membabitkan kejadian bunuh diri. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Superintenden Ibrahim Abu Bakar berkata mayat pertama ditemui tergantung di sebuah rumah kira-kira 3 petang, manakala mayat kedua dijumpai pukul 6 petang.

Mayat M.Vickneswaran, 38, ditemui tergantung di ruang tamu rumahnya oleh seorang jiran yang terdengar bunyi mencurigakan. Ibrahim berkata mangsa dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia sebelum sempat dirawat.

Dalam kejadian kedua, M.Suppamah, 57, ditemui dalam keadaan lemah dan muntah-muntah oleh keluarganya, dipercayai telah meminum racun. Mangsa mati sebelum sempat dikejarkan ke hospital.

"Hasil siasatan pihak forensik mengesahkan bahawa kematian kedua-dua mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah, dan kedua-duanya diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri," kata Ibrahim.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails