VVIP DENAI CINTA

21 Mei 2011

Maut Dan Pilih Bulu Dalam Operasi Khalwat

PERJELAS PROSEDUR OPERASI KHALWAT
[myMetro] KANGAR : Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan dengan terperinci kepada media dan rakyat mengenai prosedur sebelum sesuatu operasi khalwat dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Beliau berkata, hal itu berikutan rakyat tertanya-tanya mengenai prosedur yang diguna pakai anggota penguat kuasa Jawi jika kaedah berkenaan tidak didedahkan kepada umum, sekali gus mengundang pelbagai persepsi. "Operasi membanteras maksiat perlu dijalankan secara menyeluruh dan bukan 'pilih bulu', malah jika mengakibatkan kehilangan nyawa, ia sesuatu yang serius."

"Kita perlu melihat daripada faktor khalwat, adakah mangsa berkhalwat atas sebab faktor poligami yang begitu rumit di negara ini atau prosedur kahwin yang menyulitkan?," katanya mengulas kenyataan Jamil Khir mengenai tindakan Jawi yang sentiasa mengikut prosedur ketika mengadakan operasi membanteras maksiat.

Menurut Juanda, ia antara faktor yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan selain aktiviti khalwat terbuka di atas pentas, media cetak dan televisyen yang juga sepatutnya ditegur. Katanya, keadaan itu juga penting bagi menjaga kredibiliti agensi agama di negara ini dan menyarankan keluarga mangsa yang terbabit menyemak peruntukan perundangan bagi mendapatkan hak kehilangan nyawa.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails