VVIP DENAI CINTA

10 Mei 2011

Rasionalkah Kenaikan 20 Sen Harga Gula?

KERA jaan kata, langkah menaikkan harga gula sebagai merasionalisasikan harga runcit gula. Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen ini membolehkan KERA jaan menjimatkan RM116.6 juta setahun dan ia boleh digunakan untuk pembangunan lain.

Masalahnya, apakah pengusaha makanan dan minuman akan bersikap RASIONAL terhadap pengguna (rakyat)...? Apakah mereka akan RASIONAL dan tidak bertindak untuk menggunakan kenaikan 20 sen ini sebagai alasan menaikkan harga makanan dan minuman di pasaran...? Rakyat makin terbeban dengan segala macam kenaikan dan KERA jaan kononnya tetap memberi alasan MERASIONALISASI sebagai alasan untuk tindakan TIDAK RASIONAL mereka untuk terus membebani rakyat.

PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) :
Kerajaan Isnin mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai Selasa. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.

"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina. Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).

Mohd Zain berkata sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun. Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya. Beliau berkata kebanyakan gula yang berada di pasaran negara diimport dari Australia dan Brazil.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails