VVIP DENAI CINTA

03 Mei 2011

Jambatan Sultan Yahya Petra Dijangka Siap 2012

"Mula dibina pada tahun 2007 dan dijangka siap Disember 2009. Kemudian dilanjutkan kepada Ogos 2011 dan khabarnya hanya siap tahun hadapan 2012. Tahun 2012 tu pun belum tentu siapnya jambatan ni kalau dilihatkan corak kerja mereka ini. SPRM, sila pantau!!! Ha ha ha ha ha ha!!!!!"
Jambatan Sultan Yahya Petra Dijangka Siap Pertengahan 2012 - Mustapa
KOTA BAHARU, 2 Mei (BERNAMA) : Pembinaan jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra sepanjang 800 meter bernilai RM157 juta, yang menghubungkan Kota Baharu dan Wakaf Baharu, Tumpat dijangka siap pertengahan tahun depan.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPN) Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pembinaan jambatan, yang dimulakan pada Jun 2007 sepatutnya siap pada Disember 2009, dan kemudian dilanjutkan kepada Ogos tahun ini akan hanya dapat disiapkan tahun depan berikutan beberapa masalah teknikal.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata akibat masalah teknikal itu, pihak pengurusan projek meminta tambahan masa bagi menyiapkan projek dan kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh projek itu, yang kini baru 63 peratus siap.

Antara masalah utama adalah masalah pengambilan tanah seluas 1.3 kilometer persegi di sini yang masih belum selesai hingga melewatkan permulaan projek dan pemasangan paip air, paip Tenaga Nasional Berhad dan Telekom pada jambatan.

Selain itu, masalah ketinggian tiang yang dipacak di dalam sungai didapati tidak mencukupi paras ketinggian yang diperlukan, katanya kepada kepada pemberita selepas melawat tapak projek jambatan itu, di sini hari ini.

Mustapa turut diberi taklimat oleh pihak pengurus projek, Syarikat Konsortium Is-Ris Resources Sdn Bhd, Jabatan Kerja Raya dan kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan. "Kita memandang berat kelewatan ini yang sering dibangkitkan dalam mesyuarat MTPN dan juga rungutan rakyat Kelantan yang menggunakan jambatan itu. Kita harap rakyat bersabar," katanya.

Mustapa berkata pembinaan jambatan itu, bagaimanapun, lebih efisien berbanding projek kerajaan negeri pimpinan PAS yang ingin membina sebuah jambatan baru bagi menyambungkan Kampung Cina di Kota Baharu dan Palekbang, Tumpat, dengan peletakan batu asasnya dilakukan 10 tahun lalu namun sehingga kini belum dilaksanakan.

Monyet betul... Sempat lagi tu kondem kerajaan negeri pimpinan PAS. Bodoh jugak pak menteri ni rupanya. Kondem kerajaan negeri dan bandingkan dengan kerajaan Persekutuan.

Dari segi peruntukan dan kewangan, memanglah projek
jambatan kedua Jambatan Sultan Yahya Petra lebih efisien kerana suntikan dana yang begitu besar berbanding kemampuan kerajaan negeri pimpinan PAS!!! Tu pun royalti minyak milik rakyat negeri Kelantan kaukebas!!!Kalau tak, dah lama siap jambatan yang dibina kerajaan negeri tu.


1 ulasan:

truth berkata...

mustapa, mu toksah nk jd hero la. semua rkyt kelantan tahu mu tu siapa. monyet mcm kau x bg faedah aper2 pun utk rakyat kelantan, wpun keje mu kipas punggung PM.

Related Posts with Thumbnails