[Bernama] KUALA LUMPUR, 21 Mei : Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi seniwati veteran, kali ini Mahyon Ismail, yang meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri dekat sini kira-kira 1 petang tadi selepas mengalami sesak nafas. Allahyarhamah berusia 69 tahun.
Mahyon, atau nama sebenarnya Mayayun Ismail, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan kira-kira pukul 11 malam. Cucu Allahyarhamah, Natrah Yasmin, 27, berkata beliau tidak menyangka nenek yang dipanggil 'mak' itu akan meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sihat dan sentiasa ceria.
"Saya dengan mak semalam sempat lagi menghabiskan masa bersama bersiar-siar di pasar raya, dan beliau masih lagi ceria," katanya ketika ditemui Bernama di kediaman Allahyarhamah di Gombak Setia Sabtu.
Beliau berkata bagaimanapun, Allahyarhamah mengadu sesak nafas kira-kira 10.30 malam dan terus dibawa ke hospital. "Semasa kami tiba, doktor mengesahkan kandungan gulanya tinggi dan terpaksa menahannya di ICU," katanya.
Natrah berkata selepas diberi ubat, keadaan neneknya pulih seketika sebelum koma, sehinggalah doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia tengah hari tadi. Allahyarham, yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan tiga anak serta empat cucu termasuk pelakon Faizal, penulis skrip drama iaitu Dilla dan penyanyi R&B Fairuz.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur suaminya di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota, Setapak hari ini selepas solat Asar.
........................................................................
Laporan mStar Online
PETALING JAYA : Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu, di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.
Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetisnya sahaja.
"Semalam, arwah mengalami masalah pernafasan dan muntah-muntah. Bila ibu dibawa ke klinik, doktor meminta saya dan adik beradik yang lain menghantarnya ke hospital kerana kandungan gula dalam badannya tinggi.
"Disebabkan masalah itu, jangkitan berlaku di paru-paru pula. Dalam pukul 10 malam tadi, ibu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Tambah Dilla, dia tidak menyangka ibunya pergi terlalu awal kerana pada Khamis lalu, dia bersama Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama. "Malah beberapa minggu ini terdapat sedikit perubahan tentang ibu yang sungguh berselera dalam bab makan sedangkan dia seorang yang begitu teliti tentang penjagaan pemakanannya.
"Bayangkan, setiap dua jam, dia akan lapar dan mahu makan. Saya masih teringat lagi, dia begitu teringin untuk makan ikan terubuk masih masak cili api dan saya masakkan untuknya," tuturnya. Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.
Allahyarham telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin. Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak, Sabtu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan