VVIP DENAI CINTA

26 Mei 2011

Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG?

Tiada Kenaikan Harga RON95, Diesel Dan LPG? Jika benar, Alhamdulillah syukur. Tapi biasanya apabila berita sebegini dikeluarkan (penafian menteri akan kenaikan harga), itu tanda-tanda awal akan berlakunya kenaikan harga!!! Kalau lembu kita pegang pada tali, cakap Pak Menteri ni langsung dah tak boleh dipakai dan dipercayai lagi!!!
| Bernama | PUTRAJAYA, 25 Mei : Harga petrol RON95, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG) kekal buat masa ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri berkata Kabinet memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan LPG buat masa ini setelah rasionalisasi subsidi dibincangkan dengan mendalam dan teliti dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini.

"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di kementerian berkenaan di sini hari ini. Beliau berkata pada masa sama kerajaan akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global. Ditanya adakah Kabinet membincangkan tempoh masa harga berkenaan dikekalkan, Ismail berkata Kabinet tidak membincangkan tentang jangkamasa.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram. Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lepas. Ismail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails