VVIP DENAI CINTA

29 Januari 2012

KAKI KANAK-KANAK TERCUCUK SKRU TAJAM DI JUSCO BUKIT TINGGI

KECUAIAN SEBABKAN KECEDERAAN DI JUSCO BUKIT TINGGI - HARAKAHDAILY
Saya ingin membuat komplen terhadap kecuaian keselamatan di kawasan permainan kanak-kanak yang dipanggil
Molly Fantasy Wonders Park di dalam JUSCO Bukit Tinggi. Pada kira-kira 8:00 petang pada 25 Jan 2012, anak saya Adrianna Wong tercedera oleh objek tajam semasa bermain di dalam kawasan permainan tersebut. Semasa dia mengelongsor ke bawah Slide, dia dicederakan oleh skru yang tajam yang menuju keluar daripada permukaan Slide. Skru tajam itu tercucuk ke dalam kaki kirinya menyebabkan luka yang mendalam.


Kesakitan mengejut dan pengalaman ngeri ini menyebabkan satu trauma kepada anak saya sehingga hidungnya berdarah sambil menggigil. Salah seorang penyelia JUSCO dipanggil untuk menghadapi insiden ini, dan dia secara sukarela telah menyerahkan nama dan nombor telefon bimbit kepada saya dalam hal aduan rasmi.

Dalam kehairanan saya, pengurusan JUSCO sudah mengetahui hal skru tajam ini sebelum insiden kecederaan tersebut berlaku, tetapi masih tidak mengambil apa-apa tindakan!!! Seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang pertama, mereka tidak benteng kawasan slaid, mereka tidak mengeluarkan skru tajam tersebut, mereka masih membenarkan kanak-kanak untuk bermain di dalamnya dan walaupun selepas anak perempuan saya cedera, mereka masih membiarkan pelanggan baru masuk!!!

Saya membawa anak perempuan saya untuk berjumpa doktor pada 9:00pm di poliklinik Kumpulan City. Doktor memberikan anak perempuan saya suntikan anti-tetanus, anti-biotics, paracetamol dan juga meletakkan ubat pada kawasan luka.

Kecuaian tersebut telah menyebabkan bukan sahaja kecederaan fizikal kepada anak saya, tetapi juga trauma psikologi. Sebagai seorang bapa kepada anak saya yang terluka, saya sangat kecewa dengan kecuaian keselamatan JUSCO.

Saya berharap pihak Tuan dapat menyampaikan hal ini supaya pihak JUSCO akan lebih serius dalam isu keselamatan kanak-kanak dan supaya kanak-kanak lain tidak akan mengalami kecederaan semacam itu lagi.

Sekian terima kasih,

Wong Kok Onn

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails