VVIP DENAI CINTA

08 Januari 2012

Wanita Semakin Tenggelam Dengan Kalimah CANTIK

Wanita semakin tenggelam dengan kalimah CANTIK. Kita semakin hanyut dengan kefahaman bahawa mereka yang cantik perlu membuka aurat, mereka yang cantik perlu memakai alat solek yang tebal, mereka yang cantik perlu ada pendamping dari kaum lelaki dan mereka yang cantik itu ialah wanita yang liberal, bebas menurut kehendaknya, meneroka dunia dengan setipis rasa malu, meletakkan diri sebaris dengan budaya yang diagungkan Barat dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan nilai Islam.

Fesyen, itu yang kita kejar. Dengan fesyen, kita boleh jadi cantik. Fesyen mampu mengubah pandangan dunia terhadap wanita hingga akhirnya, hanyut jauh dari fikrah sebenar penciptaan wanita.

Bukankah mendekati kesempurnaan itu lebih baik daripada kita menjadikan 'Tiada Manusia Sempurna' sebagai alasan untuk terus buat kesilapan yang sama? Renung-renungkan.. :)

"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." [An-Nur : 31]

2 ulasan:

Rafi Harumin berkata...

Assalamualaikum.

Semoga kefahaman itu berubah.

Rohaifi Azri berkata...

Waalaikummussalam..
Amin. Semoga Islam menjadi panduan hidup kita.

Related Posts with Thumbnails