VVIP DENAI CINTA

30 Januari 2012

Remaja Wanita Humban Bayi Dari Tingkat 2 Dihukum Penjara


Remaja Dipenjara 12 Tahun Sebabkan Kematian Anak Baru Lahir
[Errrr... Bapak yang membenihkan bayi ni kenapa lepas bebas je ye..]
K
UALA LUMPUR, 30 Januari : Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini Isnin selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya Oktober tahun lepas.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19 menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Jan lepas. Mahkamah turut memerintahkan gadis berkenaan dipenjara lima bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Okt. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails