Allahyarham Kamarulzaman Abdullah
(Mantan Presiden Gamis)
(Mantan Presiden Gamis)
ROYALTI : GAMIS Simpati Nasib Rakyat Kelantan
KUALA LUMPUR, 16 November : Tidak ada sebab kenapa rakyat Kelantan dinafikan hak mereka untuk menerima wang saku hasil dari bumi mereka, kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan. "Gamis yakin anak muda dan mahasiswa pada hari ini celik dan sedar apa yang berlaku seolah orang yang membajak tanah rumah kita untuk pertanian namun yang mendapat hasil dan tuaian ialah rumah jiran sebelah," katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, isu royalti minyak adalah suatu tuntutan asasi dan perjuangan hak rakyat Kelantan. Tambahnya, terbaru ialah penemuan Telaga Surya dan Telaga Bumi dari Blok PM 301, North Malay Basin yang mengeluarkan 60,000 tong sehari atau 21.6 juta tong setahun.
Katanya, pendapatan keseluruhan dua telaga ini adalah sebanyak RM5.24 billion setahun mengikut harga pasaran minyak mentah dunia dengan andaian harga minima USD80.00. "Sekiranya 5% royalti diberikan, ini bermaksud RM262 juta setahun dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan," katanya.
Menurutnya, projek pembinaan lebuhraya yang sangat ditunggu-tunggu dan menjadi keperluan rakyat boleh dilaksanakan segera jika wang royalti itu diberikan. Hal ini, ujarnya termasuk juga bantuan rakyat termiskin dan program pembangunan lain dapat dilaksanakan.
Lebih menyedihkan, tambahnya ialah apabila ada nyawa yang terkorban dalam usaha menuntut royalti rakyat Kelantan ini. Ini ekoran bekas Presiden Gamis dan aktivis masyarakat, iaitu Allahyarham Saudara Kamarulzaman Abdullah yang terlibat dalam kemalangan maut setelah pulang dari menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat minggu lalu.
"Kami mendesak agar pihak kerajaan pusat menilai dan pertimbangkan hak rakyat Kelantan ini tanpa sempadan politik dan mengutamakan keperluan rakyat daripada parti yang memerintah. Jika Perdana Menteri dapat tunaikan hasrat rakyat Kelantan ini, baru kami rasa slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' boleh digunapakai dalam pentadbiran kerana situasi sekarang ialah 'rakyat dipinggirkan, pencapaian politik diutamakan' akibat kepentingan yang ada," katanya. - Harakahdaily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan