VVIP DENAI CINTA

01 November 2011

Perbicaraan Pembunuhan Sosilawati Ditangguh Sehingga Esok

SHAH ALAM, 1 November : Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditangguhkan sehingga esok oleh Mahkamah Tinggi di sini Selasa. Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penangguhan itu selepas pihak pembelaan memberitahu mahkamah bahawa tertuduh keempat, M Khatavarayan tidak sihat dan tidak boleh hadir ke mahkamah lebih seminggu.


Peguam tertuduh, Ravi Neko, pula bersetuju untuk meneruskan prosiding perbicaraan tanpa kehadiran anak guamnya itu. Terdahulu, peguam Manjeet Singh Dhillon bagi pihak Ravi, memberitahu mahkamah bahawa Khatavarayan disyaki menghidap jangkitan tibi dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Katanya peguam Gurbachan Singh berada di hospital untuk melihat keadaan tertuduh. Manjeet berkata Ravi dan Gurbachan bersetuju untuk meneruskan prosiding tanpa kehadiran tertuduh di mahkamah. Barisan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, mengesahkan keadaan itu. "Pihak kami tidak jangka keadaan ini akan berlaku. Kami memohon kepada mahkamah untuk melapangkan hari ini bagi pihak kami menyusun semula saksi untuk dipanggil memberi keterangan pada hari esok," kata Ishak.

Perbicaraan itu membabitkan peguam NPathmanabhan dan tiga pekerja ladang T. Thilaiyalagan, R Matan serta R Khatavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam 30 Ogos tahun lepas.

Pathmanabhan, 42; Thilaiyalagan, 20; Matan, 21; dan Kathavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails