WANITA HAMIL DIDENDA
KUALA LUMPUR, 9 November : Seorang wanita hamil tujuh bulan didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu selepas mengaku bersalah mengeluarkan wang menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) curi milik kawan baiknya. Majistret Zaki Asyaraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Shafarilla Ahmad Tahir, 27, yang mengaku bersalah mengeluarkan wang sebanyak empat kali semuanya berjumlah RM1,090 menggunakan kad ATM curi antara 20 hingga 28 Okt dan 1 Nov lepas.
Mengikut pertuduhan, Nor Shafarilla yang berasal dari Cheras didakwa menggunakan kad ATM milik Nurul Haireena Isnin, 27, mengeluarkan wang berkenaan di empat lokasi berasingan di Kuala Lumpur menerusi mesin ATM :

- Maybank Stesen Minyak Jelatek 2, Jelatek;
- CIMB Bank Menara Sentul;
- Alliance Bank, Jalan Genting Klang; dan
- Maybank Stesen Minyak Caltex, Jalan Kuching.
Semua pengeluaran membabitkan RM250, RM40, RM500 dan RM300. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 yang boleh didenda RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Nor Shafarilla didenda RM2,000 setiap pertuduhan dan denda RM1,500 tiap satu bagi pertuduhan ketiga dan keempat. Tertuduh hanya membayar denda RM3,500 sahaja. Ketika ditanya mahkamah mengapa melakukan kesalahan tersebut, suri rumah itu hanya mendiamkan diri dan kelihatan menitiskan air mata. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan