VVIP DENAI CINTA

05 November 2011

IKAN BAKAR BEST DI KUALA BESUT!!!!!

Zul Ikan Bakar
Kuala Besut, Terengganu
Ruang Makan




Pilihan makanan laut yang boleh dipilih pelanggan

Tempat membakar ikan
Kaunter untuk memesan menu ikan/udang/sotong goreng tepung!!!

Kerapu dan pari bakar

Damiya Hannah yang kepenatan (+muntah2) menempuh 320km perjalanan

4 NOVEMBER 2011 : Perjalanan yang agak memenatkan dari Kuantan (jam 5.00 petang) menuju ke kampung halaman (Kok Lanas : Kota Bharu) untuk meraikan 'Aidil Adha. Agak memenatkan dek kerana banyaknya kenderaan di jalanraya apabila perantau-perantau sebagaimana kelazimannya pulang berhari raya di desa.

Deretan kenderaan, ditambah dengan si kecil (Damiya Hannah) yang mabuk + muntah2 (lantaran aksi Fast Furious yang dipamerkan ayahnya). Dua tiga kali jugalah terpaksa memberhentikan kenderaan untuk menukar baju si kecilku ini...... ;)

Jam 10.00 malam, tiba di restoran yang tertera gambar-gambarnya dalam entri ini. Restoran yang cukup popular dengan keenakan ikan bakarnya. Ikan-ikan segar yang dinaikkan di jeti Kuala Besut, memang freshhhh dan sedap gilerrrr! ;)

Restoran ini sememangnya hanya menyajikan hidangan ikan bakar (atau makanan laut lain seperti sotong dan udang). Selain ikan bakar, juga terdapat sotong dan udang yang digoreng dengan tepung (cukup sedap dan rangup!!!)

So, kalau datang kat sini, memang takde tomyam, nasi goreng, mee goreng, sup ekor mahupun telur dadar kerana di ZUL IKAN BAKAR hanya menyediakan menu ikan bakar sahaja.....!!!!! ;)

Jika berkesempatan, datanglah ke sini untuk menikmati keenakan ikan bakarnya yang cukup menambat hati!!! Ditambah dengan pilihan ikan yang benar-benar segar (memang ikan terbaik dari laut lahhhhh!!!!)

Dan untuk makluman, gambar hidangan di atas adalah apa yang saya pesan dan makan.
  • Ikan kerapu (saiz biasa)
  • Pari kecil
  • Ikan kembung = 1 ekor (celup tepung)
  • Sotong goreng tepung = 1 pinggan
  • Udang goreng tepung = 1 pinggan
  • 3 pinggan nasi
  • Teh-0 panas = 2
  • Air Suam = 1
  • Fresh Orange = 1
  • SEMUANYA PADA HARGA HANYA RM46.00

HARGA BERPATUTAN DAN IKAN BAKARNYA MEMANG MABELESS!!!! CUBALAH!!!!! LOKASI ZUL IKAN BAKAR INI BETUL-BETUL BERHAMPIRAN JAMBATAN KUALA BESUT. (Kalau dari Kampung Raja, betul-betul sebelah kiri jalan sebelum jambatan).

Operasi : Jam 8 malam sehingga 2 pagi
Tutup di hari Isnin.

...................
Saya tidak dibayar untuk menulis artikel ini.
Sekadar perkongsian dan makluman buat
sahabat yang sudi singgah di DENAI CINTA.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails