SHAH ALAM, 1 0gos : Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa rakaman percakapan saksi utama pendakwaan U.Suresh dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, dilakukan sebanyak dua kali.
Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Mohd Ishak Yaakob, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi bersetuju dengan cadangan peguam bela Manjeet Singh Dhillon bahawa rakaman yang dibuat pegawai perakam, ASP Ong Seng Keong, pada 26 Okt 2010 adalah kali kedua.
Bagaimanapun, saksi keempat itu gagal mengingati tarikh kali pertama rakaman percakapan Suresh dilakukan dengan berkata :"Saya tidak ingat tarikh sebenar tetapi dalam tempoh tahanan reman dibuat... dalam bulan September."
Mohd Ishak memberi keterangan pada prosiding perbicaraan dalam perbicaraan bagi menentukan kebolehterimaan isi kandungan rakaman percakapan Suresh mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah. Ini adalah bagi pihak pendakwaan mencabar kebolehpercayaan Suresh yang didakwa telah memberikan 22 keterangan bercanggah di mahkamah.
Suresh, saksi pendakwaan ke-29 sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu, mendakwa rakaman percakapan yang diberikan kepada pihak polis pada 26 Okt 2010 diambil secara paksa dan dia turut dipukul.
Mohd Ishak berkata keterangan pertama Suresh diambil pada tarikh tersebut sebagai suspek ketika Suresh ditahan untuk disoal siasat dalam kes pembunuhan bekas peguam, N. Pathmanabhan bersama tiga pekerja ladangnya, T.Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47.
Mereka juga didakwa mebunuh pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai Bank Noorhisham Mohammad, 38, di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu. Pathmanabhan, 42, Thilaiyalagan, 20 Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mohd Ishak berkata rakaman percakapan kali kedua dilakukan atas kapasiti Suresh sebagai seorang saksi dalam kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi individu. Ketika ditanya mengapa beliau memohon dua orang jurubahasa, beliau berkata pada awalnya beliau berhasrat untuk menjalankan sesi rakaman percakapan itu secara serentak antara Suresh dan seorang lagi pelupus bahan bukti, K. Sarawanan, yang turut disenaraikan sebagai saksi.
"Bagaimanapun saya tidak dapat berbuat demikian ekoran hanya ada seorang sahaja juru video yang hadir menyebabkan proses itu dibuat secara berturutan," katanya. Bagaimanapun, Mohd Ishak menafikan permohonan untuk mendapatkan jurubahasa pada 25 Okt 2010 adalah dibuat ekoran beliau mempunyai pengetahuan bahawa kedua-dua saksi itu akan bercakap dalam bahasa Tamil.
Dalam prosiding itu juga, rakaman video polis yang merakam kenyataan daripada Suresh tidak dapat dikemukakan di mahkamah atas alasan ia dianggap tidak lengkap ekoran audio yang tidak begitu jelas.
Kekurangan pada video itu menjadi alasan untuk Manjeet membantah kemasukan video terbabit yang mahu dikemukakan menerusi saksi ketiga perbicaraan dalam perbicaraan iaitu penyelia juru gambar dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Alor Gajah, Melaka, Detektif Sarjan Abdul Hadi Ismail, 51, yang bertanggungjawab merakamkan video itu.
"Saya rasa CD ini tidak perlu ditunjukkan dan tidak dikemukakan di mahkamah," kata Manjeet yang diberitahu audio itu terjejas kerana keadaan bilik di mana rakaman percakapan itu dibuat agak besar.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff tidak membantah perkara itu dan kemudian menarik balik tayangan rakaman video percakapan Suresh. Rakaman video itu diambil oleh Abdul Hadi Ismail pada 26 Okt tahun lalu dengan menggunakan kamera video Canon yang diletakkan pada tripod kira-kira tiga meter dari Suresh.
Selain Timbalan Pendakwa Raya Ishak, turut diwakili Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abdul Ghani menutup kes pendakwaan perbicaraan dalam perbicaraan selepas Mohd Ishak selesai memberikan keterangan selaku saksi keempat.
Prosiding perbicaraan itu yang didengar dihadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir bersambung esok (Selasa, 02/08/2011). - Bernama

1 ulasan:
semOga undang² negara kita tulus dan adil. Yg jahat dihukumi dan yg baik diadili.
Catat Ulasan