SHAH ALAM, 5 Ogos : Seorang pegawai forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Jumaat bahawa tiga kesan cap jari ditemui di dalam kereta jenis BMW milik Ahmad Kamil Abdul Karim, peguam yang mati dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang ditinggalkan di tempat letak kereta di Jalan SS12/1B, Subang Jaya pada tahun lepas.
Pegawai Turus Siasatan Tempat Kejadian (CSI), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur DSP Sheikh Zainal Abidin Sheikh Omar, 55, berkata dua kesan cap jari diperoleh pada sekeping kad Touch N Go yang ditemui di dalam ruangan pintu sebelah kiri pemandu manakala satu kesan cap jari diperoleh pada sebotol pewangi yang ditemui di sebelah pintu pemandu.
Saksi ke-34 pendakwaan itu berkata beliau dan pasukannya juga menemui 'Smart Tag' yang juga berada bersama kad Touch N Go itu, sebuah diari di dalam bonet, sekeping iklan sebuah syarikat komunikasi di bahagian luar cermin kereta dan senaskhah surat khabar berbahasa Inggeris di bahagian belakang kereta berkenaan.
Sheikh Zainal Abidin berkata pada pemeriksaan kira-kira pukul 10.55 malam, 6 Sept tahun lepas itu, pasukannya turut membuat calitan pada stereng dan tombol gear kereta bernombor pendaftaran AAJ 5 itu bagi mengesan kehadiran Asid Deoksiribonukleik (DNA).
"Semua eksibit saya bungkus dalam sampul surat dan seal sampul surat itu menggunakan seal Forensik serta saya tandakan dengan nombor tag masing-masing, nombor kes, tarikh, dan IO (pegawai penyiasat) kes. Kesemua eksibit kemudian diserahkan kepada IO ASP Mohd Ishak Yaakob untuk siasatan lanjut," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.
Sheikh Zainal Abidin memberi keterangan pada hari ke-18 perbicaraan kes bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, R Matan dan R Khatavarayan yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; Ahmad Kamil, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.
Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, isteri Ahmad Kamil, Sabrina Adnan dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa suaminya meninggalkan rumah dengan menaiki sebuah kereta BMW hitam bernombor pendaftaran AAJ 5.
Sheikh Zainal Abidin berkata beliau dan pasukannya kemudian diarahkan membantu siasatan di sebuah sungai di Kampung Kelanang, Banting pada 14 Sept 2010. "Sampai di sana, saya jumpa Cif Insp N Govindan dari Bukit Aman yang berada di tebing sungai bersama dua suspek dan dia (Govindan) tunjuk pada saya bahawa tiga anggota penyelam Marin berada dalam sungai sedang cari zink yang dibuang. Dia (Govindan) kemudian beritahu saya bila jumpa zink saya akan ambil alih tugas."
"Selepas itu saya nampak tiga anggota penyelam cari sesuatu dalam sungai dan mereka dapat keluarkan satu persatu zink dari sungai dan tiap-tiap satu diletakkan di tebing sungai sehingga berjumlah enam keping," katanya.
Saksi itu berkata beliau mengarahkan anggota-anggota pasukannya menyusun serta membuat label di atas zink-zink tersebut dan beliau kemudian membuat tandaan di atasnya sebelum mengarahkan empat anggota pasukannya membalut semua zink menggunakan kertas minyak.
Sheikh Zainal Abidin berkata keenam-enam keping zink itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, Banting, dan diserahkan kepada pegawai penyiasat. Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Pathmanabhan bahawa tiada keputusan positif diperoleh daripada calitan DNA pada kad Touch N Go yang diambil dari kereta BMW itu.
Pada suatu ketika, Sheikh Zainal Abidin kelihatan kurang senang apabila diasak bertubi-tubi oleh Manjeet Singh sehingga meminta peguam itu tidak menekannya dengan soalan-soalan yang tidak relevan. "Saya cadang pada you, you tengok rancangan televisyen CSI, jadi you boleh belajar dengan lebih baik," kata Manjeet dan saksi itu kelihatan keliru sambil meminta peguam tersebut menjelaskan soalannya semula.
Permintaan Sheikh Zainal Abidin menyebabkan Manjeet tergelak dan menarik balik kenyatannya itu. Peguam tersebut kemudian meminta maaf kepada Sheikh Zainal Abidin sambil menjelaskan bahawa beliau hanya menjalankan tugasnya. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung Isnin ini. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan