SHAH ALAM, 11 Ogos : Pembelaan dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Khamis agar pendakwaan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Ini ekoran tindakan mendakwa saksi utama kes itu, U.Suresh, 27, di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memberi keterangan palsu semasa perbicaraan kes berkenaan.
Peguam Manjeet Singh Dhillon memohon tindakan menghina mahkamah itu dikenakan terhadap Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor, yang mengendalikan pendakwaan ke atas Suresh. Beliau turut meminta tindakan sama dikenakan terhadap Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin, yang berada di Mahkamah Sesyen semasa prosiding itu berjalan Rabu.
Manjeet berkata pendakwaan ke atas Suresh tidak sepatutnya berlaku kerana perbicaraan kes itu masih berjalan, dan Hakim Datuk Akhtar Tahir belum membuat keputusan mengenai kedudukan saksi berkenaan, walaupun pendakwaan memohon untuk mencabar kebolehpercayaannya. Permohonan itu disokong peguam Amer Hamzah Arshad, Gurbachan Singh dan Ravi Nekoo.
Amer Hamzah berkata pembelaan agak 'terganggu' dengan pendakwaan Suresh dan mempersoalkan sama ada tindakan itu merupakan satu percubaan untuk memberi amaran kepada saksi agar memberi keterangan hanya seperti yang mereka inginkan.
Saiful Edris pula berkata keputusan mendakwa Suresh adalah di bawah bidang kuasa pihak Pendakwa Raya dan mereka berhak berbuat demikian kerana Suresh merupakan saksi pendakwaan. "Sama ada hakim sudah atau belum membuat keputusan, ia bukan satu syarat yang diperlukan untuk mendakwa Suresh. Kami nak tunjukkan bahawa saksi kami sendiri telah memberi 22 keterangan bercanggah di mahkamah," katanya. Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk mendengar hujah kedua pihak.
Pada Rabu, Suresh mengaku tidak bersalah memberi keterangan palsu pada perbicaraan kes Pendakwa Raya melawan N.Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan di depan Hakim Akhtar, sedangkan keterangan yang diberikannya kepada pegawai perakam ASP Ong Seng Keong pada 26 Okt 2010 di Penjara Sungai Udang, Melaka, adalah berbeza.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 9.30 pagi hingga 12 tengah hari pada 25 dan 27 Julai lepas di Mahkamah Tinggi 8 di sini mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Suresh merupakan saksi ke-29 pendakwaan pada perbicaraan kes bekas peguam Pathmanabhan, 42, dan tiga pekerja ladang Thilaiyagan, 20, Matan, 21, serta Khatavarayan, 31, yang didakwa membunuh Sosilawati, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan