Apa sudah jadi? Mengapa susah dan sukar sangat bantuan disalurkan kepada umat Islam yang memerlukan? Sehingga mereka lebih senang berurusan dengan pihak gereja untuk meminta bantuan.....?
BANYAK SONGEH | KUALA LUMPUR : "Kita sedih perkara ini berlaku, malah ada yang menelefon saya pagi tadi (semalam) memberitahu bagaimana dia diperlekehkan ketika meminta bantuan daripada pihak berkuasa sedangkan katanya pihak gereja cepat bertindak."
"Memang ini dakwaan dia, tetapi kita kena siasat dan nilai kembali, adakah benar seperti apa dikatakan, jika betul kita harus bertindak mengubah apa yang patut," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Beliau mengulas tindakan segelintir umat Islam yang mendapatkan bantuan daripada pihak gereja, malah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya baru-baru ini membongkar segala-galanya. Metro Ahad semalam turut melaporkan luahan seorang wanita dikenali Nur yang tidak mempunyai pilihan lain, dan terpaksa menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja selepas mendakwa sering mendapat cemuhan. Mashitah memberitahu, wanita yang menghubunginya itu adalah salah seorang daripada individu terbabit yang menerima bantuan bulanan selepas dia gagal memperolehnya daripada saluran diusahakan pihak berkuasa.
Katanya, wanita berkenaan yang enggan namanya dikenali, turut mendakwa pernah memohon bantuan dengan pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak mendapat layanan sewajarnya menyebabkan dia kecewa.
"Saya mendengar rintihannya. Dia menceritakan bagaimana pengalamannya dengan pegawai bertugas, dengan pegawai agama yang tidak melayan permohonan bantuan seeloknya tetapi, memberikan pelbagai alasan... masih diproseslah... hari ini cuti dan sebagainya."
"Tetapi katanya, pihak gereja cepat bertindak, mereka bertanya dengan lembut, masukkan duit pun cepat... usaha ada apabila pihak berkenaan turun padang berbanding kita yang menunggu orang datang baru bertindak."
"Tak bermaksud menunding jari terhadap mana-mana pihak, sebaliknya sekadar menyampaikan apa yang disuarakan individu ini supaya dapat dinilai bersama... kalau ada kebenaran atas apa yang didakwa, kita perlu perbaiki... harus segera laksana," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Mashitah berkata, semua pihak perlu mengambil semangat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengutarakan rakyat harus didahulukan dalam semua perkara, sekali gus mengurangkan birokrasi punca sesuatu bantuan lewat disampaikan. - Harian Metro

1 ulasan:
Bulan Ogos...Ramadhan dah hampir pertengahan bulan.
Posting di buat pada 13Hb.!!!
Tetapi golongan Penerima2 Bantuan Bulanan Dari JKMM masih menunggu sehinnga kini. Tiada langsung khabar berita samada ditangguhkan atau di mansuhkan terus.
Alih2 PM Najib umum nak bagi RM500 kpd penjawat awam.
Warga Penerima Batuan Bulanan dari JKMM yg kesemuanya pasti tak mencecah angka RM300/= ke atas masih menunngu ...Janji janji Kerajaan yang Perihatin pimpinan PM Najib.
Jangan lah hanya masa nak mengundi ..baru tabur pelbagai Janji2 ..hingga ke pintu syurga..!!
Catat Ulasan