SHAH ALAM, 16 Ogos 2011 : Pegawai polis yang mengendalikan sesi soal siasat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu, beliau tidak memerlukan sebarang kemahiran untuk 'memecahkan' tertuduh sehingga mereka memberikan maklumat berhubung kes tersebut.
Pegawai Soal Siasat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Cif Inspektor N. Govindan, 45, memberitahu, beliau hanya menemubual tiga tertuduh dalam kes itu, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R.Kathavarayan untuk mendapatkan maklumat tanpa menggunakan sebarang kekerasan.
Bagaimanapun, peguam Manjeet Singh Dhillon yang merupakan individu pertama menggunakan perkataan 'pecah' pada prosiding hari ke-24 di Mahkamah Tinggi di sini, semasa menyoal balas Govindan seolah-olah tidak boleh mempercayai jawapan saksi bahawa tiada paksaan atau kekerasan digunakan.
Kata Manjeet, bagaimana seorang yang tidak berpengalaman boleh 'memecahkan' Thilaiyalagan dalam jangka masa yang singkat, iaitu 15 minit dalam soal siasat pada 11 September 2010 sedangkan, soal siasat yang dijalankan selama beberapa jam pada hari sebelumnya tidak membuahkan sebarang hasil.
Manjeet : Kamu ada cara untuk 'pecahkan' suspek?
Govindan : Tidak setuju.
Manjeet : Saya katakan kamu ada menggunakan senjata dan pukul Thilaiyalagan?
Govindan : Tidak setuju.
Manjeet : Jika kamu ada pukul orang, adakah kamu akan datang dan mengakuinya di mahkamah? Mengaku bahawa kamu letakkan pistol di dalam mulut dan ugut mahu meletupkan otaknya?
Govindan : Jika benar saya buat, saya akan mengaku di mahkamah.
Selain itu, saksi yang telah menyertai badan beruniform selama 25 tahun menambah, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengaku di mahkamah jika benar beliau ada menggunakan hos getah yang dibalut dengan surat khabar untuk memukul Kathavarayan atau menarik kemaluan Thilaiyalagan.
Manjeet seterusnya mengasak saksi dengan pelbagai soalan berhubung tindakan beliau melantik 13 anggota polis yang diakuiya tidak mempunyai sebarang kemahiran khas untuk membantu menjalankan soal siasat.
Bagaimanapun, Govindan berkata, pemilihan itu dibuat kerana beliau memerlukan bantuan daripada anggota cawangan yang sama iaitu cawangan Bahagian Bantuan Teknikal (D6) Bukit Aman yang sememangnya ditugaskan untuk membantu menjalankan soal siasat, jika diperlukan.
"D6 adalah untuk membantu. Di dalamnya ada banyak unit termasuk unit anjing pengesan (K9) dan juga unit foto," katanya dan apabila disoal mengapa beliau dipilih daripada 93,000 anggota polis di seluruh negara untuk menjalankan soal siasat itu, saksi memberitahu ia adalah atas arahan jabatan.
Selepas beberapa kali diasak beberapa kali oleh Manjeet berhubung kaaedah yang digunakan oleh pihak polis dalam menyoal siasat suspek, Govindan akhirnya dilihat tidak dapat menahan sabar apabila menyuarakan 'ketidakpuasan hatinya' kepada Hakim Datuk Akhtar Tahir. "Saya minta maaf Yang Arif, jika saya salah tolong betulkan. Tetapi saya rasa soalan seharusnya ditujukan kepada saya dan bukannya pada jabatan," katanya.
Manjeet seterusnya mengasak Govindan untuk memberitahu kaedah yang digunakannya terhadap Thilaiyalagan termasuk dengan bertanyakan jika saksi datang ke bilik soal siasat pada 11 September 2010 dengan membawa Kentucky Fried Chicken (KFC), yang dinafikan oleh beliau.
Manjeet : Jadi, adakah kamu panggil dia? Pujuk dia? Sayang dia?
Govindan : Tidak. Saya tanya dia. Jika dia sedar, dia akan jawab.
Manjeet : Adakah kamu tanya dia, dan Thilaiyalagan beritahu bahawa dia mahu jawab, lalu pegang tangan kamu dan cerita?
Govindan : Tidak.
Peguam tersebut seterusnya menyamakan saksi dengan hero fiksyen 'Captain America' dan 'Superman' kerana kebolehannya mendapatkan maklumat dalam masa yang singkat, yang mana tidak dipersetujui oleh Govindan.
Sementara itu, perbicaraan itu juga menyaksikan seorang lagi anggota polis, Sarjan N. Thiagarajan, 46, memberitahu bahawa dia tidak membawa senjata semasa membantu soal siasat dijalankan terhadap Kathavarayan kerana tiada senjata dibenarkan dibawa ke dalam bilik soal siasat tersebut.
"Pada hari itu, pistol diletakkan di dalam kereta saya yang berada di dalam balai," katanya dan menambah kereta tersebut berada di dalam keadaan yang selamat memandangkan terdapat anggota polis yang menjaga kawasan itu. Katanya lagi, meninggalkan pistol di dalam kereta bukan sesuatu yang baru untuk dirinya dan sehingga kini, tiada masalah pernah timbul daripada perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, semasa menjawab soalan peguam Gurbachan Singh, saksi bersetuju bahawa mengikut prosedur yang sepatutnya, seorang anggota polis tidak boleh meninggalkan pistol di dalam kereta untuk tujuan keselamatan.
Thiagarajan pada keterangannya juga memberitahu, dia tidak melihat sebarang kekerasan atau paksaan dilakukan terhadap suspek, yang diberi makan secukupnya mengikut masa. Perbicaraan pada hari ini juga tidak dihadiri oleh Thilaiyalagan yang baru kematian ayah pada Ahad lalu. Menurut Gurbachan, anak guamnya tidak dibenarkan untuk keluar bagi menghadiri upacara pembakaran mendiang ayahnya kerana tiada arahan rasmi dikeluarkan. "Upacara itu akan dijalankan pada pukul 3 petang ini," kata Gurbachan yang sebelum ini pernah memaklumkan bahawa Thilaiyalagan merupakan anak lelaki yang perlu menjalankan ritual tersebut memandangkan abangnya berada di luar negara.
Oleh itu, Hakim Akhtar memerintahkan pihak pendakwan untuk membuat persediaan bagi membolehkan Thilaiyalagan menghadiri upacara tersebut dan memberitahu bahawa perintah mahkamah akan dikeluarkan segera untuk tujuan tersebut.
Thilaiyalagan, 20, sedang dibicarakan bersama Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, bersama bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di ladang Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini. Jika disabitkan bersalah, mereka boleh dihukum mati mandatori mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan akan bersambung pada Khamis. - mStar Online

Tiada ulasan:
Catat Ulasan