VVIP DENAI CINTA

08 Ogos 2011

Harga Juadah Berbuka Mahal? Jadikan Ramadhan Bulan Berjimat-Cermat Bukannya Bulan Mentekedarah!!!

Ramadhan tiba, maka bermulalah 'pesta makanan' di Malaysia. Bazar ramadhan di segenap ceruk tak kira di kota, di desa, di taman perumahan malahan di kampung-kampung...!!! Ramadhan dah jadi bulan memenuhi tuntutan selera serta nafsu makan. Harga makanan mahal...? Itu tak menjadi masalah kepada mereka asalkan apa yang dihajatkan terpenuhi untuk disantap apabila masuk waktu berbuka nanti.

Tetapi usahlah kita terlalu menurutkan nafsu makan yang membuak-buak! Contol la sikit derrrr. Andai puasa itu kita laksanakan untuk 'merasai' keperitan golongan fakir miskin yang kehidupan mereka susah serba kekurangan sentiasa kurang makan, maka janganlah di waktu berbuka kita melantak bagai tak hengat donia...!!! Kununnye masa seharian berpuasa 'rasai' keperitan fakir miskin, tapi bile masuk waktu berbuka, nahhh ambikkk kau juadahnya...!!!

Ada baiknya kita berjimat cermat di bulan yang Maha Mulia ini. Apa salahnya andai masak sendiri juadah berbuka itu lebih jimat dan berbaloi-baloi serta kebersihan juadahnya pun terjamin. Kalau nak beli juadah di luar pun, sesekali tu boleh la dan pastikan jangan terlalu menurutkan 'nafsu atau LAPAR MATA' semasa di bazar Ramadhan.
- SELAMAT BERPUASA. ELAKKAN PEMBAZIRAN DAN MENGIKUT NAFSU DI RAMADHAN KAREEM INI.

FOMCA Akui Juadah Berbuka Lebih Mahal
KOTA BHARU, 7 Ogos
: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung) mengakui berlaku peningkatan harga makanan pada Ramadan ini. Timbalan Presiden Fomca, Ahmad Othman berkata, kenaikan harga makanan berlaku berikutan harga bahan mentah meningkat sekarang.

"Oleh itu saya berharap kerajaan memantau harga makanan yang dijual sebagai juadah berbuka puasa. Harga kuih muih contohnya akok yang sebelum ini boleh dibeli tiga biji RM1, namun sekarang hanya dua biji RM1. Begitu juga kerabu kaki ayam hanya sekadar empat sudu berharga RM5. Ini membebankan pengguna jika tidak pandai berjimat cermat," katanya yang juga Pengerusi Pelindung.

Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu memantau gerai-gerai jualan di Bazar Ramadan bagi memastikan peniaga mengenakan harga yang berpatutan. Selain itu pihak berkuasa tempatan juga perlu memantau dengan memastikan premis menjual juadah Ramadan menjaga kebersihan dan beroperasi secara sah.

Ahmad juga menasihatkan orang ramai memasak sendiri juadah berbuka bagi mengurangkan bebanan kewangan keluarga. Bagaimanapun beliau berkata, berdasar kepada pemerhatian didapati bazar-bazar Ramadan di Kelantan tetap meriah biar pun harga juadah berbuka terasa mahal berbanding tahun lepas.

"Masyarakat di Kelantan yang gemar berbelanja kadang-kadang tidak kisah sangat harga yang dibayar sehingga ada peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih," katanya di sini. Beliau juga menasihatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berjimat-cermat. - Harakahdaily

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails